Fazlina Ahmad Daud
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fazlina Dato' Ahmad Daud (lahir 5 Jun 1975) [1][2] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan adik kepada primadona Ogy Ahmad Daud, seorang anak kepada seniman Allahyarham Dato' Ahmad Daud dan primadona filem melayu, Allahyarhamah Datin Saadiah serta mempunyai darah campuran Melayu, Pakistan dan Siam.
Remove ads
Kehidupan awal
Fazlina dilahirkan pada 5 Jun 1975 di Hulu Kelang, Selangor. Rumah keluarganya terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor. Fazlina ialah anak bongsu dari 3 beradik.
Fazlina pernah bersekolah di Sekolah Rendah Klang Gate dan dari tahun 1988 hingga 1990, Sekolah Menengah Lembah Keramat dan Sekolah Menengah Taman Melawati.
Kerjaya
Bermula pada tahun 1993 ketika itu, kakaknya Ogy sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Ogy lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam telefilem Mat Gabra. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan Yang Pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain itu Fazlina pernah terlibat dalam teater Raden Galoh dan Pelayaran Nur Atma. Beliau juga amat terkenal di Acheh menerusi drama "Lari Mira" sebuah drama yang melibatkan beberapa artis Indonesia dan Brunei.[3][4][5]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pada 1 Januari 1993, Fazlina, pada usianya yang agak muda iaitu 18 tahun, telah berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato 'Johari iaitu anak lelaki kepada pengarah muzik RTM, Dato' Johari Salleh.
Mereka mempunyai 4 orang anak iaitu Nur Fatihah (lahir 1995) - kini bergelar seorang ibu, di mana pasangan ini mempunyai beberapa orang cucu lelaki hasil perkahwinan Fatihah, Muhammad Hamzah (lahir 1997) serta sepasang kembar iaitu Muhammad Nazmi dan Muhammad Fahad (lahir 1999).
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Teater
Muzik video
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads