Julia Farhana Marin
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Julia Farhana Marin (lahir 5 Disember 1994) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.[1]
Remove ads
Kerjaya
Julia Farhana mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada usia 12 tahun, namun tidak direstui ibunya yang mahu Julia meneruskan pelajaran sehingga menerima graduan. Berkat kesabaran, beliau berjaya menamatkan pelajaran bagi memenuhi hajat ibunya. Julia pernah hadir ke sesi uji bakat filem Ratu The Movie arahan A. Razak Mohaideen pada tahun 2011 tanpa pengetahuan ibunya dan mendapat tawaran watak sebagai pelakon pembantu.[2]
Beliau mula diperkenalkan kepada umum dalam bidang lakonan menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3. Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, beliau berlakon bersama Remy Ishak dalam drama Rumi & Jawi.[3] Beliau juga pernah membintangi filem pendek bertajuk Lifeline arahan Michael Lourdes yang melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Asia Peace Film Festival 2017.[4] Kejayaan beliau hadir pada 2018 apabila memegang dua watak, iaitu Anna dan Maria dalam drama Salon yang bersiaran serentak di Viu dan ntv7. Persembahan beliau dalam drama ini mendapat pujian sekaligus melonjakkan profil beliau sebagai pelakon.[5]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Julia Farhana berdarah kacukan Melayu dan Itali, dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradik beliau ialah Razali Antonio dan Suzana Ornella.[6] Beliau membesar di Australia dan belajar di SMJK Chong Hwa Gombak merupakan lulusan dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Ibu bapanya bercerai ketika Julia berusia 15 tahun.[7]
Julia mendedahkan pada September 2018 yang beliau pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika menghadiri uji bakat pencarian pelakon baru.[8][9][10]
Beliau berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember 2022
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads