Juliana Evans
Pelakon dan pengacara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berbahagia Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans (dilahirkan pada 5 Julai 1989) [a] merupakan seorang pengacara, pelakon dan model iklan Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan Remaja di TV3.[2]
Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah berkata-kata hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Che Puan Juliana pernah mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV.[3] Selain aktif mengacara, beliau juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering terlibat dalam beberapa siri drama dan filem.[4][5]
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Che Puan Juliana dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor. Bapanya berketurunan Inggeris dan ibunya berketurunan Melayu. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik, iaitu Andrew Effendi Evans, Jefri Peter Evans dan kakaknya Isabelle Evans pernah menjadi pengacara di TV Pendidikan. Beliau juga mempunyai adik seibu iaitu Al-Qaliff Mikaeel Madzlan.
Pada usia 15 tahun, beliau juga pernah mewakili negeri Selangor dalam acara sukan Gimnastik Artistik di acara sukan sekolah peringkat kebangsaan anjuran Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Beliau kemudian menyambung pengajian dalam American Degree Transfer Program di Universiti Sunway sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Pada tahun 2012, beliau telah melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Western Michigan University di Kalamazoo, Michigan, Amerika Syarikat dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perfileman, Video dan Media. Beliau juga tersenarai antara salah satu penerima Anugerah Dekan sebagai pengiktirafan kepada pencapaian akademik beliau yang cemerlang sepanjang tempoh pengajiannya di College of Arts and Science, Western Michigan University.
Seterusnya, pada tahun 2014 beliau juga telah mengambil kursus lakonan selama 4 minggu di Akademi Filem New York di kampus Los Angeles, Amerika Syarikat.
Remove ads
Perkahwinan dan anak
Pada 30 April 2017, Che Puan Juliana sah bergelar isteri kepada Yang Mulia Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Alhaj, anakanda kepada Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Yang Amat Mulia Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar. Suaminya merupakan kerabat diraja Selangor dan Johor.
Beliau telah dikurniakan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri kerabat diraja yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.
Pada 13 Julai 2019, beliau telah selamat melahirkan puteri sulungnya iaitu Yang Mulia Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri binti Tengku Shariffuddin Shah.[6][7][8][9]
Pada 17 Jun 2023, Che Puan Juliana selamat melahirkan puteri keduanya iaitu Yang Mulia Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri binti Tengku Shariffuddin Shah.[10][11]
Remove ads
Kerjaya
Ketika berusia 11 tahun, Che Puan Juliana Evans menjadi pengacara rancangan E-zone yang bersiaran di Astro Ria. Beliau juga pernah muncul dalam filem dokumentari pendek Hapuskan Aedes, Cegah Denggi terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2002.
Pada tahun 2007, beliau menjayakan watak sebagai Sofie dalam drama muzikal bebas 8TV, KAMI - The Series yang turut dibintangi oleh Liyana Jasmay, Nas-T, Syarul Ezani dan Ani Zayanah. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam filem KAMI The Movie yang ditayangkan pada 2008, ia menjadi filem pertama lakonannya.[12] Pada tahun sama, beliau juga muncul dalam drama Kasut Tumit Tinggi, memegang watak sebagai Mai.[13]
Dalam tahun 2010, Che Puan Juliana menjayakan watak utama sebagai Cendana dalam drama fantasi Sayang Cendana.[14] Beliau merupakan salah seorang pelakon utama filem drama sukan Hooperz arahan Rosihan Zain, dalam filem ini, beliau melakonkan watak Nino.[15]
Beliau memegang watak sebagai Natrah, seorang gadis Belanda yang dipelihara oleh keluarga angkatnya dalam filem dokumentari dengan judul sama yang bersiaran di Astro Prima pada 24 Januari 2011.[16][17]
Beliau berlakon bersama Zizan Razak dalam filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham, memegang dua watak, iaitu Ayu, seorang bohsia yang maut dilanggar lori dan Maya, hantu yang muncul dalam hidup Amran lakonan Zizan.[18][19].
Che Puan Juliana memulakan kerjaya lakonan dalam teater pada 2015 menerusi pementasan teater Bawang Merah Bawang Putih yang dipentaskan di Istana Budaya dari 3 hingga 8 Disember 2015.[20][21]
Sejak 2017, beliau menjadi pengacara rancangan Mahligai Cinta di TV3.[22] Beliau juga pernah mengacarakan rancangan travelog Fly Us To Asia bersama Liyana Jasmay.[23]
Che Puan Juliana merupakan antara lima selebriti yang dipilih sebagai duta bagi kempen #ThroughTheLens anjuran AirAsia. Empat selebriti lain yang terlibat termasuk Alvin Chong, Elfira Loy, Izara Aishah dan Zahirah MacWilson.[24]
Namanya tersenarai di tangga ke-72 dalam 100 Wanita Paling Cantik 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman) dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer, sekaligus mengatasi beberapa selebriti Hollywood seperti Emma Stone di tangga ke-75, Taylor Swift (76) dan Amanda Seyfried (78).[25]
Pada tahun 2020, beliau dilantik menjadi Duta Pelancongan bersempena dengan Kempen #PusingSelangorDulu oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Pelancongan Selangor.
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Teater
Televisyen
Siri web
Iklan
Dokumentari
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Panggilan dan gelaran
- 5 Julai 1989 - 30 April 2017 : Cik Juliana Sophie binti Johari Evans
- 30 April 2017 - kini : Yang Berbahagia Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans
Nota kaki
- Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Elyana dan Raja Farah yang juga dilahirkan pada 5 Julai, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Elyana lahir pada 5 Julai 1987, manakala Raja Farah lahir pada 5 Julai 1988 dan Juliana Evans lahir pada 5 Julai 1989.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads