Jung Chae-yeon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jung Chae-yeon (Hangul: 정채연; lahir 1 Disember 1997) atau lebih dikenali sebagai Chaeyeon, ialah seorang penyanyi, pelakon dan model wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, DIA. Beliau menduduki tempat ke–7 di dalam Produce 101 dan menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan wanita I.O.I.
Remove ads
Kehidupan awal
Jung Chae-yeon lahir pada 1 Disember 1997 di Suncheon, Jeolla Selatan, Korea Selatan. Beliau menghadiri School of Performing Arts Seoul dari tahun 2012 sehingga 2016 bersama ahli DIA, Ahn Eun-jin. Pada 4 Februari 2016, Jung tamat pembelajaran dari sekolah tersebut.[4]
Kerjaya
Chaeyeon merupakan seorang pelatih MBK Entertainment selama 8 bulan. Sebelum kemunculan pertama rasminya bersama DIA, beliau muncul di dalam video muzik Elsie dan K.Will untuk lagu "I'm Good" sebagai watak utama.[5]
2015: Debut dengan DIA
Pada bulan Januari 2015, MBK Entertainment mengumumkan rancangan mereka untuk membentuk kumpulan wanita baru, pada asalnya dengan strategi untuk mempunyai calon berkemungkinan untuk bertanding di dalam sebuah program realiti.[6] Selepas idea itu dimansuhkan, MBK mengambil keputusan untuk memilih ahli secara dalaman dan barisan ahli terakhir didedahkan dengan tujuh ahli termasuk Seung-hee, Cathy, Eunice, Jenny, Ye-bin, Eun-jin dan Chae-yeon sendiri.[7]
DIA mengeluarkan album sulung mereka, Do It Amazing pada 14 September 2015 bersama lagu utama, "Somehow".[8] Penampilan awam rasmi pertama mereka merupakan pada hari yang sama dimana kumpulan ini membuat persembahan di Dewan Seni Ilchi, Seoul. Mereka membuat penampilan pentas rasmi pertama mereka di dalam program muzik, M! Countdown pada 17 September 2015.
2016: Produce 101, I.O.I dan debut lakonan
Pada bulan Disember 2015, MBK Entertainment mengumumkan bahawa Jung menarik diri buat sementara waktu dari kumpulan untuk menyertai rancangan Produce 101 dimana beliau menjalani ujian pemilihan dan menandatangani kontrak sebelum DIA membuat kemunculan pertama.[9] Chaeyeon menduduki tempat ketujuh secara keseluruhan dengan 215,338 undi sebelum membuat kemunculan pertama bersama kumpulan projek, I.O.I pada bulan Mei 2016.[10] Seminggu selepas album mini sulung mereka, Chrysalis dikeluarkan, MBK Entertainment mengesahkan bahawa Chaeyeon akan kembali ke DIA untuk kemunculan kembali mereka pada bulan Jun 2016.[11] Pemilihannya untuk berlakon di dalam drama tvN, Drinking Solo telah disahkan pada 30 Jun 2016.[12]
Album mini kedua DIA, Spell dikeluarkan pada 13 September 2016 bersama lagu utama, "Mr. Potter". Selain daripada drama Drinking Solo, Chaeyeon juga muncul di dalam rancangan varieti Hit the Stage bersama ahli DIA, Eun-jin dan Go Go With Mr. Paik bersama Onew dari Shinee.[13] Chaeyeon juga telah didedahkan sebagai wajah baru jenama barang kemas, Lamucha pada minggu yang sama dan menandatangani kontrak selama setahun bernilai 200 juta won.[14]
Chaeyeon menyertai semula I.O.I untuk promosi kedua mereka sebagai kumpulan penuh menerusi album mini, Miss Me? bersama lagu utama, "Very Very Very" pada 17 Oktober 2016. Semasa siaran 21 Oktober 2016 Music Bank, beliau membuat persembahan dua kali; sekali bersama DIA untuk persembahan terakhir mereka di televisyen untuk lagu "Mr. Potter" dan kemudiannya bersama I.O.I. semasa promosi mereka untuk lagu "Very Very Very".[15]
Pada bulan Disember 2016, Chaeyeon telah dipilih untuk berlakon di dalam drama web 109 Strange Things yang juga dibintangi Choi Tae-joon. Chaeyeon memainkan watak sebagai pelajar falsafah senior Shin Ki-won yang keluarganya mengambil KDI-109, sebuah robot dari masa depan. Drama ini akan ditayangkan di Naver TV Cast pada awal tahun 2017, dengan enam episod.[16] Chaeyeon mula menjadi model untuk Jill Stuart New York pada bulan Januari 2017.[17]
2017–sekarang: Kejayaan lakonan
Pada tahun 2017, Chaeyeon berlakon di dalam drama SBS, Reunited Worlds sebagai versi muda karakter Lee Yeon-hee.[18] Beliau kemudiannya membintangi drama web I Am.[19] Pada bulan Disember, Chaeyeon diumumkan telah menyertai barisan ahli rancangan realiti SBS, Law of the Jungle untuk episod Chile.[20]
Pada tahun 2018, Chaeyeon membintangi drama hujung minggu KBS Marry Me Now, memainkan watak sebagai Jang Mi-hee versi yang lebih muda.[21] Chaeyeon juga berlakon dalam filem pertamanya, Live Again, Love Again,[22] yang ditayangkan pada Februari 2018.[23] Pada bulan yang sama, Chaeyeon diumumkan sebagai pengacara baru untuk program muzik SBS Inkigayo.[24][25] Chaeyeon berlakon dalam drama muzik KBS To. Jenny, watak utama pertamanya di televisyen.[26][27]
Chaeyeon membintangi drama romantik remaja Netflix First First Love.[28][29]
Remove ads
Diskografi
Filemografi
Filem
Siri televisyen
Siri web
Rancangan televisyen
Remove ads
Videografi
Video muzik
Kredit penulisan lagu
Semua kredit lagu diadaptasi dari pangkalan data Korea Music Copyright Association, kecuali dinyatakan sebaliknya[45]
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
