Kacimuih
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kacimuih adalah makanan ringan tradisional Minangkabau yang dibuat daripada ubi kayu dan parutan kelapa.[1] Kacimuih disajikan dengan taburan gula untuk menambah rasa. Gula yang dipakai biasanya gula pasir juga gula merah. Kacimuih memiliki tekstur yang lembut dengan rasa yang enak. Rasa yang enak berasal daripada parutan kelapa yang telah ditaburi gula.
Kacimuih dapat ditemui di pasar-pasar tradisional Sumatera Barat, khususnya di Bukittinggi.[2] Makanan ini juga dikenali sebagai makanan sampingan sebagai penahan lapar bagi orang Minangkabau.
Remove ads
Pembuatan

Bahan utama kacimuih adalah ubi kayu. Cara membuat kacimuih yang pertama iaitu mengupas kulit ubi kayu dan dibersihkan dari kotoran. Ubi kayu yang telah bersih diparut kasar dan dikukus sampai matang. Setelah matang, ubi kayu diletakan di piring dan diberi parutan kelapa serta diberi taburan gula pasir.[3]
Untuk kacimuih yang menggunakan gula merah, parutan kelapa di masak terlebih dahulu dengan gula merah yang telah dicairkan. Kemudian diletakan diatas parutan ubi kayu yang telah dimasak.[3]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads