Raja Ema
Penyanyi, pelakon dan model Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Raja Ema binti Raja Ibrahim (lahir 26 November 1968) atau lebih terkenal sebagai Raja Ema (juga sebagai Kekma) ialah seorang penyanyi, pelakon, model dan usahawan Malaysia. Selain itu, beliau pernah mendapat gelaran Puteri Pop Malaysia 80an kerana album studio pertamanya, Volume 1 telah berjaya terjual sebanyak lebih 100,000 unit pada tahun 1985 dan 1986 sekaligus mengangkat nama Raja Ema sebagai salah seorang penyanyi paling laris sepanjang era 80an. Disamping itu, Raja Ema juga turut mendapat jolokan sebagai Cyndi Lauper Malaysia kerana seringkali tampil dengan menggayakan fesyen "skirt kembang" ketika membuat persembahan persis bintang pop kelahiran Amerika Syarikat itu. Selain daripada kejayaan dalam bidang nyanyian, Raja Ema merupakan seorang pelakon wanita yang sangat berjaya di zaman kegemilangannya sehingga digelar Ratu Filem Usahasama kerana pernah berlakon dalam 7 buah filem usahasama Malaysia-Indonesia.
Remove ads
Kerjaya
Permulaan awal dan kerjaya muzik
Raja Ema telah pun terkenal sebelum merakamkan satu lagu untuk album pertama beliau, malah beliau juga telah pun menghiasi muka depan majalah-majalah hiburan pada tahun 1985. Apabila album pertama beliau dipasarkan iaitu Volume 1 ramai yang mengkritik bahawa suara Raja Ema tidak matang tetapi bersetuju lagu Jejaka Idaman cukup sesuai dengan suara manja ketidakmatangan beliau itu.

Raja Ema adalah artis pertama secara rasmi yang muncul di rancangan hiburan TV3 Muzik-Muzik pada tahun 1986 untuk lagu Jejaka Idaman, walaupun lagu tersebut cukup popular namun lagu berentak pop tidak begitu mendapat perhatian oleh rancangan tersebut yang lebih cenderung memilih lagu balada. Jejaka Idaman tidak tersenarai dalam juara bulanan.
Raja Ema juga merupakan artis pertama Malaysia yang mempunyai klip video iaitu untuk lagu Di Pertemuan Ini. Penggambaran untuk klip lagu tersebut dibuat di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur. Dalam umur 16 tahun Raja Ema telah mampu untuk membeli sebuah kereta Mazda hasil jualan album pertama yang melebihi 100,000 unit dan pertunjukkan pentas dan sebagainya.
Setelah gagal untuk tersenarai dalam Muzik-Muzik 1986 untuk lagu Jejaka Idaman, pada tahun yang sama Raja Ema muncul dengan album kedua iaitu Volume 2. Lagu pertama yang dipopularkan dalam album tersebut iaitu Angan-Angan berjaya tersenarai sebagai juara untuk bulan Januari 1987, namun pada pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 1987, Raja Ema tidak dapat mempersembahkan lagu tersebut kerana beliau berada di Indonesia bagi penggambaran filem seram usahasama Malaysia-Indonesia berjudul Pernikahan Berdarah.
Sebagaimana Ella diberikan penghormatan untuk menyanyikan lagu tema untuk atlit Malaysia bagi Sukan Komanwel 1998 iaitu Standing in the Eyes of the World, Raja Ema pula adalah penyanyi pertama yang diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu 'penaik semangat' dan tema untuk atlit Malaysia yang bertanding dalam Sukan Olimpik Seoul 1988 dengan lagu Mentari Korea yang dipetik dari album ketiga beliau berjudul Titik Bermula dan terakhir bersama syarikat EMI.
Raja Ema adalah artis pertama yang dipilih sebagai duta kepada Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON) pada tahun 1988. Tahun 1988 Raja Ema berganding dengan Jamal Abdillah menyanyikan lagu iklan Hari Raya EON yang sering disiarkan dikaca TV pada ketika itu. Tahun 1989 juga, Raja Ema bersama dengan Sheila Majid dan Liza Othman terpilih sebagai model iklan sabun Lux.
Album terakhir beliau berjudul Tidakkah Aku Menyintaimu... pada tahun 1989 telah diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Raja Ema sendiri iaitu EMAREC, ia juga menerbitkan album kumpulan Wom. Namun sebuah lagi kumpulan yang dianggotai oleh dua orang remaja tidak dapat diterbitkan kerana masalah undang-undang walaupun semua lagu telah dirakam dan hanya menunggu untuk diedarkan.
Sepanjang Raja Ema dalam bidang nyanyian, beliau mempunyai 4 buah album studio. 3 album bersama dengan syarikat EMI dan 1 album terbitan syarikat beliau sendiri iaitu EMAREC dan diedarkan oleh syarikat ASP (Antartic Sound Production).
Kerjaya lakonan
Raja Ema mula menceburi dalam bidang lakonan apabila beliau ditawarkan untuk berlakon dalam filem Sayang yang merupakan filem pertama lakonan beliau. Di dalam filem itu, menapilkan seorang pelakon bintang rock terkenal negara iaitu Amy Search dan juga merupakan lakonan filem kedua beliau.
Sepanjang pembabitkan Raja Ema dalam bidang lakonan, beliau telah berlakon sebanyak 9 buah filem tempatan. Selain itu juga, beliau telah berlakon sebanyak 7 buah filem usahasama Malaysia-Indonesia menjadikan beliau sebagai pelakon paling banyak berlakon dalam filem usahasama.
Terdapat sebuah filem berjudul Camar Yang Pulang lakonan Raja Ema dengan Along Kamaludin pada tahun 1991 yang telah siap tetapi tidak ditayangkan. Sebuah drama lakonan bersama Jalil Hamid yang mana Raja Ema memegang watak wanita buta yang boleh melihat semula setelah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Jalil Hamid, juga belum ditayangkan di kaca televisyen hingga kini. Dalam penggambaran filem Sumpah Berdarah (1990) di Indonesia Raja Ema terpaksa di bawa ke hospital apabila beliau tercedera ketika menunggang motosikal.
Selain filem, Raja Ema pernah berlakon dalam sitkom iaitu pada tahun 1989 yang menggantikan Ziela Jalil di dalam sitkom Hafsham 2+1, namun kehadiran Raja Ema tidak disenangi oleh ramai penggemar sitkom tersebut kerana mereka mengatakan Raja Ema tidak pandai berlakon komedi. Selain itu juga, Raja Ema pernah berlakon dalam 2 buah drama yang pernah ditayangkan di TV3 sekitar tahun 1990-1991 dan sebuah drama bersiri Rumah Kedai pada tahun yang sama. Raja Ema pernah berlakon di dalam 2 buah teater iaitu Rumahku, Syurgaku pada tahun 1991 dan Masak-Masak pada tahun 1992. Teater Rumahku, Syurgaku telah ditayangkan secara langsung oleh RTM dan telah dihadiri oleh mantan Perdana Menteri sekarang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tahun 1991 juga Raja Ema berlakon dalam drama terbitan RTM berkisar tentang kehidupan P. Ramlee. Raja Ema memegang watak Mariani manakala Melissa Saila sebagai Saloma. Raja Ema sempat mempersembahkan lagu Malam Pesta Muda Mudi untuk drama ini.
Remove ads
Kontroversi
Pernikahan Berdarah sebuah filem usahasama Malaysia-Indonesia mendapat liputan meluas daripada pihak media yang menggembar-gemburkan adegan ranjang beliau bersama pelakon Indonesia Willy Dozan. Dalam kenyataan itu, watak yang dipegang Raja Ema dirogol tiga kali dalam filem tersebut. Pihak media menulis yang Raja Ema merasa kecil hati dengan kenyataan Fauziah Ahmad Daud bahawa beliau menolak tawaran berlakon dalam filem Pernikahan Berdarah kerana banyak adegan ranjang dan seksi yang keterlaluan dalam filem tersebut. Namun Raja Ema menyatakan semua adegan yang dilakonkan beliau dalam filem Pernikahan Berdarah tidak keterlaluan malah semasa penggambaran Raja Ema sentiasa ditemani oleh ibunya Yusni Jaafar. Fauziah Ahmad Daud pula berkata beliau menolak filem tersebut kerana ia memerlukan beliau berlakon sebagai gadis belasan tahun.
Persengketaan antara Raja Ema dan Fauziah Ahmad Daud nyata tidak benar apabila mereka berdua kelihatan mesra bersama ketika Pesta Filem Malaysia 1988 yang mana Raja Ema memenangi anugerah Pelakon Harapan untuk filem Mawar Merah manakala Fauziah Ahmad Daud memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Puteri.
Selain itu juga, persengketaan di antara Raja Ema dengan Erma Fatima untuk mendapatkan Badaruddin @ Bade Azmi (bekas suami Erma kini) berlaku pada tahun 1989 apabila Erma dikatakan cuba memikat Bade yang pada ketika itu sedang bercinta dengan Raja Ema; malah telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 1987 lagi ketika Bade menjadi jurugambar bagi filem Mawar Merah. Namun Raja Ema menafikan bercinta dengan Bade, dan hanya menganggapnya sebagai kawan.
Liputan media terhadap Raja Ema memuncak pada tahun 1992 setelah beliau dikatakan akan berkahwin dengan seorang kerabat diraja. Akhirnya spekulasi tentang hubungan Raja Ema dengan seorang kerabat tersebut berakhir apabila kedua-duanya membuat penafian secara rasmi di suratkhabar Utusan Malaysia yang disiarkan di muka hadapan akhbar tersebut.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pada tahun 1993, Raja Ema tiba-tiba mengumumkan akan berkahwin dengan penyanyi nusantara Sheqal tanpa sebarang gosip percintaan antara mereka tersiar di majalah ataupun akhbar. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Namun, ikatan perkahwinan yang dibina tidak berkekalan lama, Raja Ema dan Sheqal telah disahkan bercerai pada tahun 1999 kerana tidak lagi sehaluan serta sefahaman. Hingga kini Raja Ema tidak mengahwini dengan sesiapa. Hanya fokus pada agama dan kehidupan sendiri.
Diskografi
- Album Studio
- Volume 1 (1985)
- Volume 2 (1986)
- Titik Bermula (1988)
- Tidakkah Aku Menyintaimu... (1989)
- Album Kerjasama
- Hanya Untuk Mu (1999)
- Album Kompilasi
- Kenangan Manis Ema (1989)
- Memori Hit: Raja Ema (2007)
- Pertemuan Seribu Kenangan (2013)
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Teater
Iklan
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads