Kay Khydir

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nur Khaidir bin Muhid (lahir 22 Ogos 1988) atau kini lebih dikenali sebagai Kay Khydir adalah merupakan bintang Akademi Fantasia Musim 9 pada tahun 2011. Beliau juga mulai dikenali setelah melakonkan watak antagonis dalam telenovela terpanjang Memori Cinta Suraya dan Dendam Aurora.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau adalah anak kepada penyanyi veteran Kamariah Ahmad dan juga adalah merupakan adik kepada penyanyi Diddy Hirdy yang juga merupakan bintang Akademi Fantasia Musim 4.

Pada 17 September 2009, ayahanda tercinta mereka telah menghembuskan nafas terakhir dirumah mereka di Pasir Gudang, Johor akibat masalah penyakit komplikasi jantung dan penyakit buah pinggang. Jenazah allahyarham selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Pasir, Pasir Gudang tepat jam 10 pagi. [1]

Remove ads

Karier

Kay memulakan karier seninya dengan menghadiri ujibakat program realiti popular terbitan Astro iaitu Akademi Fantasia Musim 9 pada tahun 2011 dimana ketika itu Astro membuat pengumuman rasmi bahawa program AF9 adalah musim yang terakhir bagi siri Akademi Fantasia sejak 2003. Beliau berjaya terpilih diantara 12 pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran dirumah kaca akademi tersebut. [2] Namun kali ini rezeki tidak berpihak kepadanya apabila beliau tersingkir di konsert minggu keenam berikutan undian SMS yang tidak memihak kepadanya ketika itu. [3] Setelah keluar daripada Akademi Fantasia, beliau mula mengeluarkan lagu duet bersama abangnya, yang berjudul "Bertarung Sampai Akhir". Ketika itu jugalah beliau ditawarkan untuk berlakon dalam drama-drama tempatan sebagai pelakon pembantu dan sampingan. Malah beliau juga telah melebarkan sayap lakonannya daripada drama ke layar filem. Beliau mula berlakon dalam filem Oh Mak Kau sebagai watak sampingan pada tahun 2013. Kemudian beliau ditawarkan untuk berlakon filem Gila-Gila Remaja 2 dan dimana turut menyumbangkan suaranya untuk lagu "Cinta Lara" dimana beliau berduet dengan rakan seperjuangannya di AF9, Ayda Jebat dalam menyanyikan lagu runut bunyi dalam filem tersebut. Setelah hampir 7 tahun beliau dikenali sebagai pelakon, rakan baiknya iaitu Shiha Zikir menawarkannya untuk bernaung dibawah syarikatnya SZ Entertainment dan kemudian merakamkan single pertamanya yang berjudul "Bukan Bahagiaku" yang diterbitkan oleh syarikat rakaman LMA Talent House Sdn Bhd pada 10 November 2018. [4]

Remove ads

Akademi Fantasia 9

Kay memulakan karier seninya dengan menyertai Akademi Fantasia Musim 9 dan beliau berjaya terpilih diantara 12 pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran di rumah kaca program tersebut. Namun, sama seperti nasib abangnya di Akademi Fantasia Musim 4 pada 2006, Kay juga telah tersingkir sewaktu konsert minggu keenam. Berikut persembahan beliau didalam AF9;

Maklumat lanjut Konsert, Lagu Tugasan ...

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...

Duet

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama TV

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Program televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads