Kek Lok Si
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kek Lok Si (Cina ringkas: 极乐寺; Cina tradisional: 極樂寺; pinyin: Jílè sì; lihat maksud di bawah) adalah kuil agama Buddha terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia; ia merupakan kuil yang terbesar di Pulau Pinang serta antara yang terkenal di Asia Tenggara.[1] Ia dibina pada tahun 1890.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (Mei 2021)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kuil ini tidak sahaja merupakan pusat ziarah penting bagi umat Buddha dari Hong Kong, Filipina, Singapura, dan negara-negara lain di Asia Tenggara, malah juga salah satu tumpuan pelancong di Pulau Pinang.
Ia menjadi tarikan utama semasa perayaan Tahun Baru Cina masyarakat setempat di mana pintu-pintu kuil itu tetap dibuka sehingga jauh lewat malam manakala ribuan lampu bersinar sejauh mata memandang; kompleks ini turut dihiasi dengan beribu-ribu tanglung mewakili sumbangan yang ditawarkan oleh penganut. Satu lagi ciri perayaan ialah perarakan panjang yang dilakukan oleh ratusan biksu yang melawat dari Thailand ke kuil ini yang berlangsung sekali atau dua kali dalam setahun.[2]
Remove ads
Penamaan
Nama "Kek Lok" mengeja ungkapan bahasa Hokkien (Cina ringkas: 极乐; Cina tradisional: 極樂; Pe̍h-ōe-jī: ke̍k-lo̍k) yang bererti "kegembiraan tertinggi" atau lebih tepatnya sukhavati iaitu suatu alam murni yang wujud dalam kepercayaan aliran Mahayana untuk Amitābha.[3]
Binaan
Bangunan
Kuil Kek Lok terletak di kaki bukit Air Itam terletak kira-kira 3 kilometer jauh jika berjalan kaki dari Stesen Bukit George Town.[4][5]. Ia dibina di atas bidang tanah seluas 12.1 hektar (30 ekar) yang didermakan oleh Yeoh Siew Beow.
Kebanyakan pelawat menaiki tangga ke kuil ini, tangga ini berbumbungnya menyediakan tempat berteduh dan banyak kedai yang menjual cenderamata dan komoditi lain - kebanyakannya sekular. Mereka kemudian melalui sebuah kolam dipanggil Kolam Pembebasan di mana membebaskan seekor penyu dalam kolam ini dipercayai mendapat kurniaan pahala menurut ajaran Buddha setempat.[5][6][7]
Pagoda Ban Po Thar
Terdapat suatu pagoda utama setinggi tujuh tingkat diberi nama Ban Po Thar (万佛塔 "Menara Selaksa Buddha") kerana rupa ia yang mempamerkan 10,000 patung gangsa pualam Buddha 30 meter setiap sbuah. Pagoda ini dibina menggabungkan asas oktagon berunsur Cina dengan rekaan tingkat tengah berunsur Thailand dan puncak berunsur Burma mencerminkan anutan setempat menggabungkan aliran-aliran Mahayana dan Theravada.[8][4] Pagoda ini dibina antara 1915 hingga 1930, batu asasnya diletakkan oleh Raja Vajiravudh (Rama VI) dari Thailand, dan adakalanya disebut Pagoda Rama VI sebagai memperingati sumbangan diraja tersebut. Ia ada menempatkan suatu biara yang menjadi tempat tinggal para sami biksu dan biarawati yang berkhidmat di sana.
Pekarangan

Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewi Kuan Yin yang besar serta tertinggi di dunia.[9] Patung setinggi 30.2 meter (99 ka) ini bertapak bunga teratai dengan tangan kiri memegang botol penuang air suci dan tangan kanan membentuk mudra pelindung. Ia bersebelahan suatu astaka bertingkat tiga dengan ketinggian mencecah 60.9 meter disokong 16 tiang gangsa,[8] astaka ini disiapkan tahun 2009.[10]
Di sekeliling patung utama terdapat 100 patung kecil Guanyin setinggi dua meter, menyimbolkan perlindungan dan keberkatan. Patung ini sering dikunjungi kaum wanita yang bersembahyang memohon agar mudah mendapatkan anak zuriat.[8][7]
Selain daripada biara, terdapat dataran yang ada banyak patung dewa-dewi serta laman berkolam besar dipenuhi kura-kura dan ikan kap.
- Astaka berbentuk lapan segi yang menaungi patung Guanyin
- Patung Guanyin Kek Lok Si
Remove ads
Sejarah
Kuil ini mula didirikan pada 1890[8] oleh Beow Lean (Cina ringkas: 莲法), seorang sami berasal dari Fujian. Pembinaan kuil ini dibiayai lima peniaga terhebat Hakka sezaman itu iaitu Cheong Fatt Tze dan sepupunya Chang Yu Nan, Cheah Choon Seng, Tye Kee Yoon, dan Chung Keng Kooi. Kutipan dana untuk membina kuil ini juga dipermudahkan dengan secara mendedikasikan struktur dan artifak didirikan atas nama para dermawan kuil.[2][11][5][6]
Duta kerajaan Qing ke jajahan Pulau Pinang sangat terpegun dengan binaan yang siap ini sehingga melaporkan khabar ini kepada Maharaja Guangxu; baginda maharaja yang tertarik dengan butiran diberikan beliau menitahkan Beow berangkat ke Beijing, di sanalah Beow dikurniakan 70,000 (atau 7,000 dalam sesetengah sumber lain) jilid kitab suci serta menggelarkan kuil Kek Lok sebagai "penghulu segala kuil di Pulau Pinang".[2] [11] Beow dalam perjalanan pulang diiringi para pegawai kerajaan berpakaian warna-warni dalam kereta kuda, di mana Beow sendiri duduk memegang perutusan diraja dikurniakan kepada kuilnya.[11]
Batu asas pagoda diletakkan oleh Raja Vajiravudh yang memerintah Thailand semasa ia dibina,[12] pagoda ini siap dibina pada tahun 1930.
Kebakaran tahun 2021
Pada 12 Oktober 2021 jam 2:56 pagi, pihak bomba mendapat khabar sebahagian besar Kek Lok Si terbakar. Walaupun begitu, kebakaran itu telah merebak ke satu bangunan tokong itu ketika para bomba tiba ke situ.[13] Ketua operasi bomba negeri, Muhamad Norhisham Ibrahim mengesahkan bahawa kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 70% daripada tokong bersaiz 18.5 meter persegi itu, dengan kebakaran berjaya dipadamkan pada sekitar 6 pagi. Tiada mangsa direkodkan dalam insiden ini.[14] Punca kejadian dipercayai berkait dengan tumpahan minyak dari pelita yang terbalik.
Acara tahunan
Kek Lok Si menjadi tempat sambutan Tahun Baru Cina bagi komuniti Cina di seluruh negara. Sepanjang 30 malam selepas perayaan, Kek Lok Si dihiasi dengan ribuan tanglung, lampu LED dan bunga api yang menerangi seluruh kawasan sehingga larut malam. Tradisi ini turut mewakili sumbangan dan doa daripada para penganut.

Selain itu, satu lagi acara istimewa ialah perarakan ratusan sami dari Thailand ke tokong Buddha ini sebagai simbol ziarah dan perpaduan antara mazhab Theravada dan Mahayana.
Remove ads
Kemudahan pengangkutan
Bagi memudahkan pengunjung menuju ke patung Guanyin, tokong Buddha ini menyediakan dua lif condong yang mengambil masa kira-kira dua minit untuk sampai ke atas. Lif ini beroperasi dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari biasa dan mampu menampung sekitar 30 orang sekali naik. Caj antara RM3 hingga 6 sehala.
Terdapat juga perkhidmatan kenderaan buggy elektrik yang menghubungkan pelawat antara perhentian lif atas dan bawah. Dana daripada jualan tiket digunakan untuk penyelenggaraan dan pembangunan tokong Buddha.
Tokong Buddha Kek Lok Si boleh diakses dari seluruh Pulau Pinang melalui perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid Penang. Enam laluan utama berhenti di sekitar kawasan Air Itam:
Pelancong juga boleh menaiki bas dua tingkat "Hop-On Hop-Off Penang" dan turun di Stesen 4 (Kek Lok Si).
Remove ads
Galeri
- Pemandangan kompleks Kek Lok Si
- Pemandangan dari Air Itam
- Lampu LED semasa Tahun Baru Cina
- Patung Guanyin dan astaka gangsa
- Reka bentuk tiga negara pada pagoda
- Patung Guanyin dan astaka (2024)
- Cahaya lampu sempena Tahun Baru Cina
- Astaka pelindung Guanyin dari sudut lain
- Pemandangan waktu senja
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
