Tower 13

ialah sebuah drama bersiri seram Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tower 13 ialah sebuah drama bersiri seram Malaysia yang disiarkan selama 13 episod dari 6 Ogos hingga 12 November 2009 di TV3 menerusi slot Seram. Tower 13 diarahkan oleh Kabir Bhatia dan skripnya ditulis oleh Alfie Palermo. Setiap minggu kisah yang dipaparkan berbeza melalui penceritaan Adam, seorang pemilik bangunan pangsapuri yang

Fakta Segera Ditulis oleh, Pengarah ...
Remove ads

Sinopsis

Adam Bakhtiar, pengurus bangunan Menara Emerald, disoal siasat oleh polis setelah berlaku pembunuhan di bangunan tersebut, lalu ke balai untuk membantu siasatan yang diketuai oleh CID Detektif Malik Ridhuwan. Adam memulakan cerita bahawa pembunuhan yang berlaku disebabkan oleh entiti misteri seperti roh atau mahluk halus.

Detektif Malik tidak percaya sama sekali pada cerita Adam, tapi untuk meyakinkannya, Adam mula membuka cerita kematian misteri dan kemalangan-kemalangan yang berlaku di sekitar bangunan tersebut, bermula dengan kisah pasangan muda, isteri yang didera dan suaminya, Natalya dan Imri.

Sejak berpindah, Natalya merupakan fokus utama dalam kejadian-kejadian berhantu, bermula dari bilik air, paling ketara di tub mandi. Pada masa yang sama, Adam didatangi Ustaz Khalil yang sedang mengumpul derma surau dari penghuni Menara Emerald, Adam mengusir Ustaz keluar dari kawasan kondo kerana Menara Emerald adalah kawasan peribadi.

Adam kemudiannya didatangi Natalya yang memberitahu diganggu oleh kejadian aneh dan misteri di apartmentnya. Adam tidak percaya dan menafikan kenyataan Natalya malah memberitahu Natalya bahawa dia tahu akan masalah yang dihadapai oleh Natalya dan suaminya dan percaya Natalya sedang mengalami trauma akibat penderaan suaminya menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.

Natalya lantas pulang. Dalam keadaan yang lebih teruk dari sebelumnya, lebih ketakutan, dia seterusnya berdepan dengan roh yang menghantui rumahnya dan mendapati bahawa roh itu sebenarnya adalah roh isteri yang didera dan dibunuh dengan kejam oleh suaminya.

Roh itu menunjuk pada Natalya bagaimana dia mati dan memberi amaran supaya tidak membenarkan dirinya melalui penyeksaan yang sama. Goyah dengan apa yang diberitahu Natalya, Adam meminta pertolongan Ustaz dan setibanya mereka di rumah Natalya, mereka mendapati kejadian ngeri sedang terjadi ke atas Imri sebagai balasan atas apa yang telah dilakukan ke atas Natalya.

Ustaz menjampi halau roh dan memberi Adam gambaran kejadian mistik dan ini juga telah meninggalkan kesan trauma pada Natalya. Detektif Malik masih lagi enggan percaya akan cerita Adam, tapi Adam meneruskan penceritaan misterinya mengenai kisah kematian budak perempuan kecil berumur 10 tahun, iaitu Alia.

Remove ads

Pelakon

  • Bront Palarae sebagai Adam / Johan Ariff,seorang penolong pengurus bangunan yang mati dibunuh oleh Adam Bakhtiar kemudian menjelmakan sebagai Adam untuk menceritakan kehidupan mangsa di Tower 13
  • Dira Abu Zahar sebagai Maria
  • Azhan Rani sebagai Detektif Malik Ridhuwan, seorang pegawai JSJ IPD Melaka yang menemubual dengan Adam / Johan Ariff
  • Rahim Omar sebagai Ustaz Khalid, seorang pengamal perubatan Islam dan bekas mat Rock yang hilang ibunya
  • Fezrul Khan sebagai Adam Bakhtiar
  • Farah Alya sebagai Detektif Aisyah
  • Chew Kin Wah sebagai Damien


Pelakon Undangan

Panas (Episod 1)

*Sherie Merlis


Jembalang (Episod 2)

*Farah Nadia sebagai Alia


Lif (Episod 3)

*Ika Nabila sebagai Shada

*Henzi Andalas sebagai Saiful

*Roscha Beca sebagai roh Lif


Ulek Mayang (Episod 4)

*

Peti (Episod 6)

*Faizal Yusup

Remove ads

Pautan luar

Maklumat lanjut TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam, Sebelumnya ...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads