Nadiyah Shahab

Pelakon wanita Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab (lahir 30 Mei 1993) ialah seorang pelakon, model dan pengacara televisyen wanita Singapura.[1] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Tengku Natasha dalam Lafazkan Kalimah Cintamu (2018) lakonan bersama Farid Kamil dan Nelydia Senrose.[2] Meskipun tinggal di Malaysia bersama keluarganya, Nadiyah tetap berpendirian untuk mengekalkan taraf kerakyatan Singapura beliau.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kerjaya

Sebelum menjadi pelakon, Nadiyah terlebih dahulu menjadi pengacara rancangan travelog Lost At Sea yang bersiaran di Go Asean yang mana beliau menjelajah bandar-bandar di rantau ASEAN setiap minggu dengan beberapa petunjuk tanpa menggunakan buku panduan.[3][4]

Beliau juga pernah muncul dalam rencana bertajuk "The Women We Love Of Instagram" yang disiarkan di majalah Esquire pada April 2016.[5]

Mengikut jejak langkah ramai artis senegaranya, Nadiyah berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonan.[6] Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya dalam drama adaptasi novel Encik Suami Mat Salih Celup lakonan Nelydia Senrose dan Daler Yusuf. Nadiyah mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Tengku Natasha lakonannya dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah Semail, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia.[7]

Nadiyah muncul bersama Zizan Razak dalam telefilem bertajuk Misteri Maria arahan Rusdi Ramli yang disiarkan di ntv7 pada 25 Mac 2018. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini ialah Mas Khan dan Zila Bakarin.[8] Beliau kembali digandingkan bersama Zizan dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose.[9]

Pada tahun 2019 juga, beliau berlakon bersama Ayda Jebat dan Shukri Yahaya dalam Asalkan Dia Bahagia, memegang watak sebagai Afida. Nadiyah kemudiannya berehat seketika daripada bidang lakonan bagi menumpukan perhatian kepada perniagaannya.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Nadiyah merupakan anak sulung daripada dua beradik, adiknya ialah Syed Adni. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti London, Singapura.[10]

Pada 1 April 2018, Nadiyah dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana tidak memiliki permit bekerja,[11] beliau ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor, selepas tiba dari Singapura.[11]

Pada 13 Januari 2018, beliau dan bekas pelakon yang kini Exco Armada BERSATU, Ben Ali melangsungkan pertunangan di sebuah majlis di negara kelahirannya. Ia turut dihadiri oleh rakan artis, Uqasha Senrose dan dua adiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose.[7][12] Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2018,[13] namun belum dikurniakan cahaya mata.

Remove ads

Filemografi

Maklumat lanjut Televisyen, Tahun ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads