Lari

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Lari (juga dikenali dengan judul bahasa Inggeris: The Run) ialah sebuah filem aksi Malaysia 2013.[1] Ia diarahkan dan ditulis oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Excellent Pictures dan Film Frame Productions, dibintangi oleh Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama.[2] Filem ini ditayangkan pada 6 Jun 2013 dan menerima ulasan positif.[3][4]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Khalif (Aaron Aziz) merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh. Semuanya bermula, apabila Khalif pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, Ina (Erin Malek) telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan. Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada perkhidmatan ketenteraan dahulu, naluri Khalif ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut.

Dalam masa yang sama KJ (Erry Putra) tidak menyenangi kehadiran Khaliff di kampung itu, kerana masih berdendam dengan kejadian yang berlaku dahulu, di mana Khaliff merupakan buah hati isterinya Maya (Dira Abu Zahar). Kepulangan Khaliff juga membuat Maya cukup bersimpati dengan apa yang terjadi, dia tekad mahu membantu Khaliff dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pertemuan itu menyebabkan KJ semakin membenci Khalif. Petunjuk mengenai kejadian tragik itu membawa Khaliff memulakan perjalanan dalam mencari jawapan. Ketika tiba di Stesen Keretapi Ipoh, Khalif merasakan kehadiran ahli sindiket, menyebabkan berlakunya pergaduhan dan dia cuba untuk melarikan diri. Dia terserempak dengan seorang pemandu teksi Taugeh (Hazama), yang memang telah lama mempunyai impian untuk menjadi seorang wira.

Sejak itu, Khaliff dan Taugeh bergandingan dalam mencari jawapan kepada apa yang berlaku terhadap bapanya dan juga Ina. Kepulangan Khaliff dan Taugeh ke kampung semula, telah menyebabkan Maya ingin bersama mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Ketika itu juga, Khaliff mendapat petunjuk bahawa sindiket itu didalangi oleh penyeludup dari Selatan Thailand dengan rakan subahat iaitu KJ. Ini telah menyebabkan Khaliff bersemuka dengan KJ untuk mengetahui di mana Ina disembunyikan. Akhirnya KJ memberitahu mengenai hal sebenar.

Khaliff, Taugeh dan Maya telah menuju ke sempadan dengan niat untuk melepaskan Ina dari cengkaman sindiket itu. Di situ, Khalif mengetahui bahawa adiknya telah dijadikan pelacur oleh sindiket penyeludupan manusia. Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh Khaliff,Taugeh dan juga Maya dalam usaha melepaskan Ina. Akhirnya, Ina berjaya diselamatkan daripada sindiket penyeludupan manusia tersebut, manakala hubungan antara Maya dan Khaliff kembali terjalin. Taugeh pula terus menjadi teman kepada Khaliff.

Remove ads

Pelakon

  • Aaron Aziz sebagai Khalif Bekas tentera yang baru ditamatkan dan kini misi mencari adiknya sendiri, Ina. Juga teman lelaki kepada Maya.[5]
  • Dira Abu Zahar sebagai Maya Bekas kekasih kepada Khaliff, namun dia telah berkahwin dengan KJ.[5]
  • Erry Putra sebagai KJ Seorang ahli sindiket Thanapon di kampung Khaliff yang merosakkan Ina , namun dia telah dituduh oleh Khaliff. Juga suami kepada Maya.Di akhir filem KJ dipenjara atas kesalahan perdagangan manusia dan bersubahat membunuh ayah Khaliff & menculik Ina.
  • Erin Malek sebagai Ina merupakan adik Khaliff, yang telah diculik oleh KJ dengan pengikut Thanapon.[5]
  • Hazama sebagai Taugeh Seorang pemandu teksi yang selalu menolong Khaliff dalam kesusahan, namun dia juga membuat beraksi.
  • Rahhim Omar sebagai Pak Mat Bapa kepada Khaliff dan Ina, yang telah dibunuh oleh Thanapon.
  • Shukri Yahaya sebagai Zakuan Kawan baik Khaliff dalam pasukan tentera
  • Azlan Komeng sebagai Konco KJ #1
  • Simon Kook sebagai Rafie,Konco KJ #2
  • Yaakob Abdul Aziz sebagai Ketua Kampung dan ayah Maya
  • Mike B sebagai Thanapon Pemilik kelab yang tempat Ina diculik, tetapi telah ditembak mati oleh Border Patrol Police semasa Thanapon mengejar Ina, Maya, Taugeh dan Khaliff daripada kawasan tersebut.
  • Pablo Amirul sebagai pengikut Thanapon di KL
Remove ads

Penerbitan

Idea untuk filem ini telah dicadangkan oleh pengarahnya, Ahmad Idham pada 2010 apabila beliau mengambil masa selama empat bulan untuk menyiapkan skripnya.[1] Menurutnya, kerana kebuntuan idea, beliau terpaksa berhenti menulis skrip filem ini.[1] Namun, Idham berjaya menyiapkannya semasa beliau dan keluarganya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah pada April 2012. Idham juga berkata, syarikatnya Excellent Pictures memperuntukkan RM500,000 hingga RM600,000 hanya untuk babak aksi sahaja.[1] Beliau juga ingin lari daripada isu gangsterisme yang sering dikaitkan dengan filem aksi, dengan mengangkat isu pemerdagangan manusia. Malah, aksi yang dipamerkan bukan calang-calang apabila beliau menggunakan sentuhan pengarah aksi bagi filem aksi Thailand yang terkenal, Ong Bak. Dalam temuramah bersama Sinar Harian, beliau berkata:

"Saya nak lari daripada gangsterisme, jadi saya cipta satu isu yang lebih membina, matang dan universal. Jadi, dari situ timbulnya isu pemerdagangan manusia. Untuk aksi sahaja, sebanyak RM500,000 hingga RM600,000 diperuntukkan. Lari adalah pertaruhan saya paling berisiko sebab kos keseluruhannya RM2.5 juta. Kos filem Excellent yang paling tinggi,"

Idham juga berkata beliau melakukan perubahan pada enam babak bagi mendapatkan klasifikasi P13 sambil menyifatkan Lari merupakan karya beliau yang paling berisiko kerana kos keseluruhannya RM2.5 juta, iaitu kos yang paling tinggi diperuntukkan oleh syarikatnya.[1][6]

Keluaran

Lari ditayangkan pada 6 Jun 2013 di pawagam seluruh negara. Ia juga dipasarkan di luar negara dengan judul bahasa Inggeris, The Run dan dipertontonkan di Marche Du Film, Festival Filem Cannes ke-66.[7][8] [9]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads