Lim Yew Hock
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Haji Omar Lim Yew Hock (15 Oktober 1914– 30 November 1984), lahir Lim Yew Hock (Bahasa Cina: 林有福; pinyin: Lín Yǒufú; Pe̍h-ōe-jī: Lîm Iú-hok, Jawi: عمر ليم يو هوق), ialah seorang ahli politik Singapura dan Malaysia berketurunan Cina, yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Undangan dan Dewan Undangan dari tahun 1948 hingga tahun 1963, serta Ketua Menteri Singapura yang kedua dari tahun 1956 hingga tahun 1959.
Semasa mudanya, Lim bekerja sebagai kerani setelah memperoleh ijazah daripada Institusi Raffles. Berikutan berakhirnya Perang Dunia II, beliau menyertai pergerakan pekerja dan kemudian memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai Parti Progresif (PP) pada tahun 1947. Pada tahun 1949, beliau menjadi ahli Parti Buruh. Beliau menubuhkan Barisan Buruh (LF) bersama David Marshall. Perlembagaan Rendel dilaksanakan pada tahun 1955 disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil dan permintaan tinggi terhadap kemerdekaan di Singapura pascaperang. LF memenangi pilihan raya Majlis Undangan, dengan Marshall sebagai Ketua Menteri. Lim dilantik sebagai Menteri untuk Buruh dan Kebajikan, serta berkhidmat sebagai timbalannya semasa tempoh menjawatnya.
Walau bagaimanapun, setelah perbincangan dengan Kerajaan di London untuk pemerintahan sendiri gagal, Marshall letak jawatan sebagai Ketua Menteri lalu Lim mengambil alih. Untuk memperoleh kepercayaan British, Lim menumpaskan gerakan politik haluan kiri. Beliau memimpini led an all-party delegation to re-negotiate in talks for self-rule, eventually reaching an agreement dengan British untuk perlembagaan baru yang memberi pemerintahan sendiri dalaman pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, Lim hilang sokongan majoriti orang Cina disebabkan oleh penindasannya terhadap prokomunis, terutamnya tindakan keras terhadap guru dan pelajar di sekolah Cina yang berhaluan kiri. Ini menjurus kepada meningkatnya sokongan untuk Parti Tindakan Rakyat (PETIR), kemudian pembangkang, pimpinan Lee Kuan Yew.
Perikatan Rakyat Singapura (SPA) Lim telah dikalahkan oleh PETIR di pilihan raya 1959, menyebabkan beliau berundur diri sebagai Ketua Menteri manakala Lee menggantikannya sebagai Perdana Menteri. Sejak itu, beliau kurang melibatkan diri dalam politik Singapura dan meninggalkan Majlis Undangan pada tahun 1963. Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia oleh kemudian Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman. Walau bagaimanpun, beliau keluar daripada politik Malaysia lebih awal disebabkan oleh kehilangannya pada tahun 1966 semasa tempoh menjawatnya. Lim memeluk agama Islam dan menjalani kehidupan tidak menonjolkan diri di Arab Saudi pada saki-baki kehidupannya.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Lim mengahwini Chia Kim Neo pada tahun 1937. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan.[1] Setelah After melalui kehilangannya pada tahun 1966 dan peletakan jawatannya daripada Kerajaan Malaysia pada tahun 1968, perkahwinan Lim dengan Chia berpecah belah.[1] Apabila beliau memeluk agama Islam dan tinggal di Arab Saudi pada saki-baki hidupnya, beliau berkahwin semula dengan orang Cina Hajjah Hasnah Abdullah, pemeluk Islam juga. Kedua-duanya dikurniakan seorang anak perempuan dengan nama Hayati.[1]
Remove ads
Senarai Menteri
- Kerajaan Lim Yew Hock (7 Jun 1956 – 3 Jun 1959):[2]
- Ketua Menteri dan Menteri untuk Buruh dan Kebajikan: Lim Yew Hock
- Timbalan Ketua Menteri dan Menteri untuk Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan: Abdul Hamid bin Haji Jumat
- Menteri untuk Perdaganga dan Industri: J. M. Jumabhoy
- Menteri untuk Perhubungan dan Kerja: Francis Thomas
- Menteri untuk Pendidikan: Chew Swee Kee
- Menteri untuk Kesihatan: A. J. Braga
- Perubahan
Remove ads
Karya
- Reflections. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1986. ISBN 978-967-937-029-4
Darjah kebesaran
Darjah kebesaran asing
Tanah Melayu
Seri Maharaja Mangku Negara Kehormat (SMN) - Tun (31 Ogos 1958)[6]Ditarik balik pada 1968[7][8]
Brunei
- Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (DPMB) - Dato Paduka (1961)[9]
Ijazah kehormat
- Doktor Undang-Undang
- Universiti Malaya (September 1957[7])
Gelaran
- Lim Yew Hock (15 Oktober 1914 - Ogos 1958)
- Tun Lim Yew Hock, SMN (Ogos 1958 - November 1968)
- Lim Yew Hock (November 1968 – 1972)
- Haji Omar Lim Yew Hock (1972–30 November 1984)
Remove ads
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads