Linda Onn

Penyampai radio, pengacara, pelakon dan usahawan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Rozlindah Onn (lahir 26 November 1977) merupakan seorang penyampai radio, pengacara televisyen, pelakon dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Era (1998-2008), Sinar (2009-10), Suria (2010-16) dan Kool FM (2018-20). Beliau juga mengusahakan perniagaan nasi ayam, My Mom Chicken Rice. Setakat ini MMCR telah mempunyai empat cawangan. Selain berniaga, berlakon, dan DJ, Linda juga berjinak-jinak dalam nyanyian dan pengacaraan.

Fakta Segera Kelahiran, Kerakyatan ...
Remove ads

Kerjaya

Linda memulakan kerjaya sebagai penyampai radio Era yang ketika itu memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau yang ketika itu berusia 21 tahun, merupakan salah seorang penyampai terawal Era termasuk Kudsia Kahar, Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Nadira Azizan, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed. Sewaktu tempoh khidmatnya di Era, Linda pernah mengacarakan segmen Urban@Era yang menyiarkan lagu-lagu berentak hip hop.

Kerjaya filem beliau termasuk Soal Hati (2000) dan Biar Betul (2004). Beliau juga mengacarakan rancangan bual bicara Tanya Linda dan Malam Ini... Linda Onn yang kedua-duanya bersiaran di Astro Ria. Linda melangkah ke bidang muzik, dengan merakamkan lagu "Bahu Ke Bahu" bersama Fara Fauzana, Nana Mahazan dan Nila Kurnia.

Remove ads

Kes saman

Linda Onn bertegas enggan memohon maaf daripada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu. Kenyataan yang diberikan pada wartawan akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar. Linda masih bertugas di konti Suria dan bersiap sedia dengan peguam Datuk Hazman Ahmad untuk menangkis saman Fahrin. Fahrin memberi kata dua kepada Linda agar membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu hingga Jumaat , 29 Januari 2010 atas dakwaan Linda yang mengatakan Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul. Fahrin bimbang dengan tuduhan itu kerana beliau seorang pelakon, pengacara serta duta produk.[1]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Iklan

  • Power Root

Radiografi

Radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Diskografi

Single

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads