Lokcing

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lokcing
Remove ads

Lokcing merupakan sejenis sate yang khususnya diperbuat daripada ikan.[1] Ia merupakan makanan yang terkenal di Pantai Timur Malaysia, kebiasaannya dijual di tepi jalan atau dijaja di atas motor. Bahan untuk membuat lokcing ialah ikan dan tepung kanji. Bahan-bahan tersebut kemudiannya diuli dan dibentukkan menjadi bulat seperti guli. Lokcing ini boleh dimakan begitu sahaja, namun lebih sedap jika dipanggang atau dibakar untuk meningkatkan aromanya. Lokcing ini seharusnya dimakan dengan pencicah sos sama ada manis atau pedas untuk meningkatkan selera.[2]

Thumb
Lokcing yang dicicah dengan sos pencicah
Remove ads

Asal-usul

Lokcing dipercayai berasal dari selatan Thailand[2] dan nama lokcing dipinjam daripada bahasa Thai ลูกชิ้นปลา[3] yang membawa maksud bebola bakar. Makanan yang unik ini terdapat di negeri yang bersempadan dengan Thailand; sudah ada di Kelantan, tapi mula dijual di Perlis dan Kedah.[4]

Bahan-bahan

bahan asas untuk membuat lokcing ini ialah ikan yang dikisar sampai lumat dan tepung kanji.[2] Kini, ikan juga boleh diganti dengan daging, ayam, ketam atau udang dek berkembang mengikut peredaran zaman.[4]

Cara membuat

Isi ikan perlu dikisar terlebih dahulu sehingga lumat, sebelum diuli bersama-sama dengan tepung kanji. Setelah itu, bahan yang diuli tersebut kebiasaannya dibentukkan menjadi bulat, tetapi boleh juga dibentukkan kepada bentuk yang lain. Kemudian, ianya dicucuk dengan lidi lalu dibakar atas bara api. Secara tradisionalnya, lokcing dibakar atas arang. Kini, lokcing didapati dibakar di atas dapur gas dan dapur elektrik.[4]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads