Majlis Gerakan Negara
badan pentadbiran Malaysia selain Parlimen From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei selepas sistem kerajaan berparlimen di Malaysia digantung. Perisytiharan Darurat telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969-P.U.(A) 149.
MAGERAN diberi kuasa menjalankan urusan-urusan bermula daripada 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971. MAGERAN dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Jabatan Perpaduan Negara di bawah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.[1] Semasa pentadbirannya, MAGERAN telah membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini. MAGERAN dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.
Remove ads
Anggota Majlis
Berikut merupakan senarai anggota Majlis Gerakan Negara 1969-1971[2][3].
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
