Mamad Puteh
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mamad Puteh (lahir 5 Ogos 1956) merupakan ahli politik dan doktor Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar dan Ahli, Ahmad Samsuri Mokhtar sejak Ogos 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) bagi Kuala Berang dari November 1999 hingga Mac 2004 dan sekali lagi sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli EXCO Negeri Terengganu dalam pentadbiran negeri PN di bawah Menteri Besar Ahmad Samsuri dari Mei 2018 hingga turun pangkat pada Ogos 2023.[1] Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan PN. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Ahli EXCO Terengganu pada Ogos 2023 adalah penurunan pangkat yang jarang berlaku dalam politik Malaysia.
Mamad telah dipilih ke Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai ADUN Kuala Berang untuk penggal pertama dalam pilihan raya negeri Terengganu 1999 dengan jumlah 7,707 undi. Pada Pilihan raya negeri Terengganu 2004, beliau gagal mempertahankan kerusi itu selepas kekalahannya kepada Komarudin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional (BN). Pada pilihan raya negeri Terengganu 2018, beliau mendapat semula kerusi itu dan dipilih semula sebagai ADUN Kuala Berang untuk penggal kedua dengan majoriti 1,070 undi.[2]
Mamad dilahirkan di Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu, Malaysia pada 5 Ogos 1956. Beliau telah tinggal Kampung Sungai Petai, Kuala Berang, Terengganu, Malaysia selama lebih daripada 30 tahun.[3]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Terengganu :
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z.) - 2022[6]
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads