Mastura Mohd Yazid
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berhormat Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Jawi: مستورة بنت محمد يزيد; lahir 22 Ogos 1962) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas sejak 2020. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dari 2016.
Remove ads
Kerjaya
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas (2020-kini)
- Ahli Parlimen Kuala Kangsar (2016-kini)
- Penterjemah (2007)
- Peguam bela dan peguam cara (1986)
Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:
- Ahli Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI)
Pendidikan:
- Sarjana Muda Undang-undang dalam bidang Kepujian dari Universiti Kent, United Kingdom
- Sarjana Muda Psikologi di Universiti Terbuka Malaysia
- Ijazah Undang-undang dan Amalan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa
- Majlis Undang-undang Pendidikan Sekolah Undang-undang di Inns of Court, London
Remove ads
Pendidikan
Mastura berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dalam bidang Kepujian dari Universiti Kent, United Kingdom pada 1984. Pada tahun berikutnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Majlis Undang-undang Pendidikan Sekolah Undang-undang di Inns of Court, London. 3 tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Undang-undang dan Amalan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa. Pada 2013, beliau mendapat Sarjana Muda Psikologi di Universiti Terbuka Malaysia.[1]
Remove ads
Kerjaya
Mastura memulakan kerjaya beliau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara pada tahun 1986. Beliau juga merupakan seorang penterjemah sejak tahun 2007.[1]
Politik
Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan.[1] Beliau sering membantu suaminya Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad melakukan kerja amal dan bakti untuk masyarakat Kuala Kangsar. Selain itu, Mastura juga bergiat aktif sebagai ahli Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).[1]
Pada 2016, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar setelah kemenangannya semasa pilihan raya kecil. Ini berikutan kematian suaminya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.[2]
Keputusan pilihan raya
Kehidupan peribadi
Mastura merupakan seorang balu kepada Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Allahyarham suami beliau telah meninggal dunia pada 5 Mei 2016 akibat kemalangan helikopter di Sarawak.[3] Mastura merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata lelaki[1] iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar[4]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads