Maszlee Malik

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Maszlee Malik
Remove ads

Prof. Dr. Maszlee Malik (Jawi: مزلي بن مالك; Cina: 马智礼; pinyin: Mǎzhìlǐ[1] lahir 19 Disember 1974) ialah ahli politik dan ahli akademik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Simpang Renggam selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Menteri Pendidikan Malaysia (2018-2020). Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia sejak Mac 2023.[2] Beliau juga seorang profesor di Fakulti Psikologi dan Sains Sosial di Universiti Cyberjaya sejak Mac 2023.. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ketua PKR Simpang Renggam.

Fakta Segera Pengerusi, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS Malaysia) Professor, University of Cyberjaya (UoC), Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dipilih) ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 19 Disember 1974. Beliau berketuruan Cina Hakka dari belah ibu dan Bugis dari belah bapa. Beliau bersekolah di English College (Sekarang Sultan Abu Bakar College) dan di sebuah Maahad di Johor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Al-Bayt Univesiti, Jordan dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya, Malaysia. Beliau Berjaya mendapatkan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari Univesity Durham; tajuk thesis beliau ialah, "Constructing the Architectonics and Formulating the Articulation of Islamic Governance: A Discursive Attempt in Islamic Epistemology".

Sebelum diundi sebagai Calon Rakyat, Maszlee Malik telah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mendalami ilmu mengenai Islam dan juga Timur Tengah. Selain fasih dalama bertutur Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, Maszlee Malik juga boleh bertutur secara moderasi dalam Bahasa Perancis, Jerman, Cina Mandarin dan Hokkien.

Remove ads

Pendidikan

Beliau telah berlajar di English College (Sekarang Sultan Abu Bakar College) dan di sebuah Maahad di Johor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Al-Bayt Univesiti, Jordan dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya, Malaysia. Beliau Berjaya mendapatkan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dari Univesity Durham; tajuk thesis beliau ialah, "Constructing the Architectonics and Formulating the Articulation of Islamic Governance: A Discursive Attempt in Islamic Epistemology".

Sebelum diundi sebagai Calon Rakyat, Maszlee Malik telah mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mendalami ilmu mengenai Islam dan juga Timur Tengah. Selain fasih dalama bertutur Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, Maszlee Malik juga boleh bertutur secara moderasi dalam Bahasa Perancis, Jerman, Cina Mandarin dan Hokkien.

Remove ads

Penglibatan politik

Maslee Malik mula berkecimpung dalam bidang politik dengan berdaftar sebagai ahli PKR cawangan Ampang, pada 2017. Bagaimanapun, beliau kemudiannya telah menyertai komponen lain Pakatan Harapan yang dikenali sebagai BERSATU pada Mac 2018 iaitu sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-14 (GE14); dimana beliau telah bertanding dan berjaya mengalahkan penyandang Liang Teck Meng bagi Kawasan Simpang Renggam, Johor. Pada 19 November 2022, beliau akhirnya tewas kepada Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad semasa Pilihan raya umum Malaysia 2022.

Pada tanggal 18 Mei 2018, Maszlee Malik telah dilantik menjadi Menteri Pendidikan yang baru selepas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengosongkan jawatan itu hanya sehari selepas mengambilnya. Selepas berkhidmat selama 20 bulan, beliau telah menyerahkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020 kepada Perdana Menteri seperti yang diminta oleh beliau.

Keahlian beliau dalam BERSATU kemudiannya telah digugurkan pada Mei 2020 selepas kejatuhan Kerajaan PH; keputusan itu diambil setelah parti politik berkenaan membuat keputusan untuk meninggalkan PH selepas krisis politik berlaku yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton” pada tahun yang sama. Kemudiannya, beliau mula berkhidmat sebagai MP Bebas.  Setelah menjadi ahli bebas mesra-PH selama lebih setahun, Maszlee Malik kembali menyertai PKR dan PH pada November, 2021.

Pada tanggal 14 Februari 2022, beliau telah disahkan bakal bertanding bagi Kerusi Negeri Layang-Layang mewakili PH dan PKR pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022. Kerusi Negeri berkenaan berada di bawah Kerusi Persekutuan Simpang Renggam yang dipimpin Maszlee Malik. Walau bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2022, beliau akhirnya kalah kepada penyandang dari parti politk UMNO, Abd. Mutalip Abd. Rahim.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Perlembagaan ...
Remove ads

Penglibatan pendidikan

Pada November 2020, Maszlee menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan pendidikan, Untuk Malaysia yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan pendidikan negara.[6] Pada Januari 2021, beliau melancarkan sebuah laman sesawang akses percuma khusus untuk warga pendidikan sekolah Malaysia yang memiliki kumpulan video subjek-subjek seperti dalam sukatan pelajaran negara.[7]

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Bibliografi

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads