Max Chilton

From Wikipedia, the free encyclopedia

Max Chilton
Remove ads

Max Alexander Chilton (lahir 21 April 1991 di Reigate, Surrey) ialah seorang pemandu kereta lumba profesional. Chilton membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada tahun 2013 dengan Marussia F1.[1]

Fakta Segera Lahir, Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu ...
Remove ads

Kehidupan awal

Chilton dilahirkan di Reigate, Surrey. Ayah Chilton, Grahame, ialah pengerusi syarikat insuran Aon Benfield dan merupakan naib pengerusi syarikat Aon Corporation.[2] Chilton belajar di Kolej Ardingly dari tahun 2000 hingga 2008.

Kerjaya

GP2 Series

Thumb
Chilton memandu untuk Carlin di Monza dalam kejuaraan GP2 musim 2011.

Chilton menyertai kejuaraan GP2 Asia Series untuk musim 2009-10, dengan memandu untuk Barwa Addax.[3][4] Beliau menyertai Ocean Racing Technology untuk kejuaraan musim 2010 dan keputusan terbaiknya adalah tempat kelima.

Formula Satu

Thumb
Chilton memandu untuk Marussia di Grand Prix Malaysia 2013

Pada bulan November 2011, Chilton memandu untuk pasukan Force India pada acara Ujian Pemandu Muda di Litar Yas Marina di Abu Dhabi. Ini adalah kali kedua beliau memandu sebuah kereta Formula Satu selepas menjalani sebuah ujian aerodinamik untuk mereka pada awal tahun ini. Chilton kemudiannya menjadi pemandu ujian dan simpanan untuk Marussia F1 bagi separuh musim kedua musim 2012, bermula dari Grand Prix Jepun.[5] Chilton mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas pertama pada Grand Prix Abu Dhabi 2012 pada bulan November untuk Marussia F1. Pada 18 Disember 2012, ia telah diumumkan bahawa Chilton akan berlumba untuk Marussia F1 pada tahun 2013.

Marussia (2013)

Pada bulan Disember 2012, Nikolai Fomenko, pengarah kejuruteraan Marussia F1, mengumumkan bahawa Chilton akan berlumba untuk mereka pada tahun 2013.[6] Marussia mengesahkan berita tersebut pada hari berikutnya.[1] Chilton memulakan perlumbaan pertamanya di Australia di tempat ke-20, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-17.

Remove ads

Rekod perlumbaan

Ringkasan kerjaya

Maklumat lanjut Musim, Siri ...

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap Formula Renault 3.5 Series

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Maklumat lanjut Tahun, Pasukan ...

Keputusan lengkap GP2 Series

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Maklumat lanjut Tahun, Kemasukan ...

Keputusan lengkap GP2 Asia Series

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Maklumat lanjut Tahun, Kemasukan ...

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Maklumat lanjut Tahun, Kemasukan ...

* Musim sedang dijalankan.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads