Mohamed Haniffa Abdullah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Haniffa Haji Abdullah adalah seorang pegawai perubatan, pegawai perkhidmatan awam dan ahli politik keterunan India dari malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili Barisan Nasional- Kongres India Malaysia (MIC), dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bermula 20 September 2022 hingga 19 September 2025 [1][2] Beliau merupakan pengasas MAHSA University.[3] Beliau juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial menggantikan Aseh Che Mat.[4] Selain daripada itu, beliau juga merupakan Ahli Majlis Agensi Kelayakan Malaysia.[5]

Fakta Segera YB Senator Tan Sri Dato' Dr. PSM, PJN; DIMP (Pahang); MBBS (Tanjor), Ahli Dewan Negara Malaysia ...
Remove ads

Kehidupan Pribadi

Dr. Haniffa berkahwin dengan Puan Sri Datin Dr. Mumtaz Begum dan mereka mempunyai tiga orang anak, iaitu Dato' Dr. Shahril, Dato' Sharon, dan Dato Dr Anitha. Beliau menetap di Klang, Selangor

Kerjaya

Dilahirkan pada tahun 1949, Dr. Haniffa memperoleh ijazah perubatan dari Universiti Madras, India. Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di Hospital Klang dan Hospital Sabak Bernam . Pada tahun 2004, beliau mengasaskan MAHSA College, yang kini dikenali sebagai MAHSA University, sebuah institusi pendidikan tinggi yang terkenal dalam bidang sains kesihatan dan perubatan.

Selain daripada peranan akademik, Dr. Haniffa juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pengerusi Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) . Beliau turut berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), yang bertanggungjawab dalam penilaian dan akreditasi program pendidikan tinggi di negara ini

Remove ads

Legasi

Sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, sebuah bangunan di MAHSA University telah dinamakan sempena nama beliau, menandakan penghormatan tertinggi daripada institusi yang diasaskannya

Penghargaan

Senarai darjah kebesaran yang diterima[6]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads