M. Saravanan

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

M. Saravanan
Remove ads

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan, (lahir 4 Februari 1968) juga dikenali M. Saravanan merupakan seorang Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Tapah, Perak dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia bermula 10 Mac 2020.

Fakta Segera Didahului oleh, Majoriti ...

Sebelum dilantik ke dalam Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, Saravanan adalah seorang Senator.[2] Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008,beliau bertanding di kerusi Tapah, Perak dan telah menang mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). MIC mengalami kekalahan teruk di dalam pilihan raya meninggalkan Saravanan salah satu daripada hanya tiga ahli MIC yang masih ada di dalam Dewan Rakyat.[3] Walaupun dengan kekurangan kehadiran parti MIC di dalam Parlimen dan kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN), Saravanan masih dilantik sebagai Timbalan Menteri.[4] Saravanan pada awalnya telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Di dalam MIC, Saravanan dilihat sebagai sekutu mantan Presidennya Samy Vellu, telah dilantik sebagai Naib Presiden MIC atas sokongan Vellu[5] dan untuk mempertahankan Vellu aripada serangan pembangkang.[6] Namun beliau telah kalah dalam perebutan hangat jawatan Timbalan Presiden semasa pemilihan semula parti pada 2015 kepada seorang lagi Naib Presiden, S. K. Devamany.[7][8][9] Saravanan telah menerima beberape kritik sehingga kini tapi masih menuju arah yang ditetapkan.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Remove ads

Kehormatan

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads