Mohd Shuhaily Mohd Zain
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
CP Dato' Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain (Jawi: محمد سهوهاءيلي بن محمد زين; lahir 12 Julai 1972), atau nama panggilannya Haily, ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sejak Julai 2025.[3] Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada Ogos 2023 hingga Jun 2025.[4]
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Mohd Shuhaily bin Mohd Zain dilahirkan di Kuala Lumpur pada 12 Julai 1972. Bapa beliau, Mohd Zain bin Ismail merupakan seorang polis trafik di Kuala Lumpur. Bapa beliau juga pernah berhidmat sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) ketika Kebangkitan Komunis Kedua di Malaysia.[5]
Mohd Shuhaily menerima pendidikan awal di SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur. Beliau juga menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dalam Perhubungan Antarabangsa daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga menerima Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam Kajian Strategik daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU).[6]
Mohd Shuhaily juga menerima latihan intensif dari akademi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Quantico, Virginia awal pertengahan 2002 semasa pangkatnya sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).
Remove ads
Kerjaya kepolisan (2001–2025)
Mohd Shuhaily memulakan kerjaya polis beliau sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada tahun 2001. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke Pegawai Cawangan Khas pada tahun yang sama. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai pegawai polis PBB pemantau di Kosovo di bawah Misi Pentadbiran Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kosovo. Pada tahun berikutnya, beliau ditugaskan sebagai PDRM Attaché di Kedutaan Malaysia, Washington, D.C.
Setelah pulang semula ke Malaysia, Mohd Shuhaily bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah (kini sebagai Seri Iskandar, Perak), Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pahang, Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman dan Timbalan Pengarah E1 Cawangan Khas, Bukit Aman. Pada Julai 2021, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, menggantikan CP Datuk Sahabudin Abd Manan. Pada pertengahan bulan Mei 2023, beliau menggantikan pemangku CP Datuk Abu Samah Mohd Noor sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.[7]
Mohd Shuhaily ditugaskan untuk menyandang tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sejak 15 Ogos 2023 menggantikan CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.[8]
Remove ads
Ketua Pengarah AKPS (2025–kini)
Pada Julai 2025, Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali setelah beliau berkhidmat dalam PDRM selama 38 tahun.
Kehidupan peribadi
Mohd Shuhaily telah mendirikan rumah tangga dengan Ennie Salina Roseli pada 23 Disember 2007.
Anugerah
Anugerah di Malaysia
Malaysia :
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)[nota 1]
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)[nota 2]
Pingat Perkhidmatan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dengan Gesper KOSOVO
Polis Diraja Malaysia :
Pahang :
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua, Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) – Dato' (2017) [9]
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2023) [10]
Pulau Pinang :
Darjah Pangkuan Negeri Peringkat Ketiga, Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) – Dato' Seri (2023) [11]
Remove ads
Lihat juga
Nota
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads