Mohd Azlan Helmi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohd Azlan bin Helmi (lahir 1980) ialah seorang rakyat Malaysia yang merupakan ahli politik, usahawan dan pembantu jurutera. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Tualang Sekah sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Negeri PKR Perak sejak September 2024, Setiausaha Negeri PKR Perak dan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen (MP) bagi Kampar sejak 2018. Beliau pernah menjadi Penyelaras bagi kerusi negeri Tualang Sekah pada 2017, Timbalan Ketua Pemuda PH Negeri Perak pada 2017, Ketua Pemuda Negeri PKR Perak dari 2014 hingga 2018, Ketua Pemuda Bahagian PKR Kampar pada 2014, Ahli Jawatankuasa Bahagian PKR Kampar pada 2010, Ejen Mengundi dan Pengiraan (PACA) Bahagian Kampar dari 2009 hingga 2013, Ahli Sekretariat Pemuda PR Perak dari 2009 hingga 2013, Timbalan Ketua Bahagian PKR Kampar pada 2009 dan Ketua Cawangan Batu Karang pada 2008.[1]
Remove ads
Kerjaya politik
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (2018)
Pilihan raya negeri Perak 2018
Dalam Pilihan raya negeri Perak 2018, Mohd Azlan membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh PH untuk bertanding di kerusi negeri Tualang Sekah. Namun, beliau tidak terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah selepas tewas kepada Nolee Ashilin Mohammed Radzi dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis sebanyak 1,009 undi.[2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Perak 2022
Dalam Pilihan raya negeri Perak 2022, Mohd Azlan telah dicalonkan semula oleh PH untuk bertanding di kerusi Tualang Sekah.[3] Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah untuk penggal pertama selepas menewaskan Pazli Abdullah Sani daripada Perikatan Nasional (PN) dan Abd Rahman Md Som daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis sebanyak 253 undi.[4]
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (sejak 2022)
Pada 22 November 2022, Saarani daripada Barisan Nasional (BN) telah dilantik semula sebagai Menteri Besar dan kerajaan gabungan negeri antara BN dan Pakatan Harapan (PH) telah dibentuk.[5] Mohd Azlan daripada PH telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) oleh Menteri Besar Saarani pada hari yang sama. Keesokan harinya, pada 23 November 2022, beliau telah diberikan portfolio Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).[6]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Nota
- Beliau memegang portfolio pada 23 November 2022 selepas mengangkat sumpah jawatan.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads