Mohd Hafez Sabri
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohd Hafez bin Sabri merupakan seorang ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Manjoi.[1] Beliau merupakan ahli dan Timbalan Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini gabungan Gagasan Sejahtera (GS). Di peringkat akar umbi, beliau juga merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak.[2]
Remove ads
Kerjaya politik
Kenyataan 'Gelombang Hijau'
Pada 7 Julai 2023, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang agar tidak membenarkan "gelombang hijau" menular di negeri itu. Beliau berkata bahawa "gelombang hijau" akan menyebabkan kemusnahan kuil-kuil Buddha dan sekatan terhadap amalan-amalan tertentu bagi bukan Islam.[3]
Beliau telah dituduh oleh pemimpin pembangkang menakut-nakutkan pengundi Pulau Pinang terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan sengaja membangkitkan isu 3R (Raja, kaum, agama).[4] Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata parti itu mengecam sekeras-kerasnya provokasi melampau dan hasutan kebencian luar biasa oleh Lim.[5] Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohd Hafez Sabri, menggesa pihak polis menyiasat kenyataan Lim tersebut.[6]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads