Mohd Nizar Najib
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohamad Nizar bin Mohamad Najib (lahir 11 Mei 1978) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail sejak Disember 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Peramu Jaya sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.[1] Beliau juga merupakan anak kepada Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Remove ads
Kerjaya politik
Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan Jalan Daud, Zon Kampung Baru di Titiwangsa.[2]
Nizar merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan sejak tahun 2018.[3]
Beliau pernah disebut-sebut sebagai calon berpotensi Barisan Nasional bagi Pilihan raya kecil Chini 2020,[4] sebelum parti memutuskan untuk mencalonkan Mohd Sharim Md Zain. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022, selepas spekulasi bahawa beliau mungkin bertanding buat kali pertama di kawasan Pekan menggantikan bapanya yang baru dijatuhkan hukuman penjara, beliau sebaliknya telah dipilih oleh partinya untuk bertanding di kerusi negeri Peramu Jaya dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022.[5][6] Beliau memenangi kerusi tersebut selepas menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 7,823 undi.
Dalam kerajaan campuran negeri Pahang antara BN dan Pakatan Harapan selepas pilihan raya 2022, Nizar telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio pelaburan, perindustrian, sains, teknologi dan inovasi.[7]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Nizar ialah anak kepada Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak hasil perkahwinan pertamanya dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Beliau merupakan anak sulung daripada lima beradik, termasuk dua orang anak hasil perkahwinan Najib yang kedua dengan Rosmah Mansor. Adik lelakinya, Nazifuddin Najib, ialah seorang ahli perniagaan dan telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (OCM) sejak tahun 2018.
Beliau pernah bekerja sebagai perunding dan akauntan serta menetap di Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Pada tahun 2004, beliau berkahwin dengan Nur Sharmila Shaheen, anak kepada Ahli Exco Wanita UMNO, Allahyarhamah Maznah Hamid, dan dikurniakan lima orang anak.[8]
Pada 18 November 2020, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Nizar membayar tunggakan cukai berjumlah RM13.16 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi tempoh cukai dari tahun 2011.[9]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Anugerah
Pahang :
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P.) - Dato' (2015)[11]
Nota
- Menerima portfolio 12 hari selepas mengangkat sumpah jawatan.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads