Mohd Rashid Hasnon

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohd Rashid Hasnon
Remove ads

Yang Berbahagia Dato' Mohd Rashid Hasnon (lahir 2 Januari 1960) merupakan seorang ahli Parlimen Malaysia dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Batu Pahat. Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Pantai Jerejak dan bekas Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.[1]

Fakta Segera Yang Berbahagia Dato'DMPN (Pulau Pinang), Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia ...
Remove ads

Latar belakang dan zaman awal

Nama yang diberikan oleh pasangan Hasnon dan Tek yang menyambut kehadirannya pada tahun 1960 di Johor. Beliau telah menetap di Pulau Pinang sejak 1984. Beliau mendapat pendidikan awal di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi. Beliau menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom (UK) dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).

Rashid Hasnon memulakan kerjaya sebagai jurutera di PERNAS NEC pada 1984. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perancang di Motorola (1987), Pengurus ASE Electronics (1991), Pengerusi Personal Managers Group yang mengurus syarikat yang bernaung di bawah Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Bayan Lepas pada tahun 2006. Rashid Hasnon menamatkan zaman bujang beliau dan melangsungkan perkahwinan dengan Datin Hajah Nor Azizah bt Haron pada tahun 1982 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Remove ads

Penglibatan dalam politik

Rashid Hasnon pernah menjadi Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang pada tahun 1999. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan di majlis tertinggi PKR. Beliau merupakan antara pengasas PKR di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat sebagai Naib pengerusi PKR Pulau Pinang. Ketika menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau banyak menguruskan projek-projek pembaikan dan naik taraf kemudahan awam seperti jalanraya, taman permainan, penghijauan taman, lampu jalan dan lain-lain, melalui kempen kesedaran CLEANER, GREENER, HEALTHIER & SAFER PENANG. Selain itu, Rashid Hasnon yang merupakan pemimpin Melayu nombor satu di Pulau Pinang pada ketika itu memberi perhatian secara khususnya kepada pembangunan kaum bumiputera dalam pelbagai sektor.

Remove ads

Sukarelawan

Rashid Hasnon pernah menyertai pasukan sukarelawan ke Acheh & Meulaboh bagi membantu mangsa tsunami di sana (2004). Pada tahun 2009, beliau mengetuai misi bantuan Ramadhan di Kemboja dan negara Asia Tenggara , selaku Pengerusi JIM Antarabangsa peringkat Nasional ketika itu.Beliau tidak ketinggalan menyertai misi bantuan Gaza (2011) bersama NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), antara misi terawal yang membawa bantuan ke Gaza selepas insiden Mavi Marmara.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)

  1. Pembangunan Industri dan Perdagangan
  2. Koperasi
  3. Pembangunan Usahawan
  4. Perhubungan Masyarakat

Pilihan Raya Umum Ke-13

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Remove ads

Anugerah

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads