Muhammad Usamah Zaid Yasin

Juruanimasi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Usamah Zaid Yasin (lahir 19 Disember 1983) merupakan seorang juruanimasi Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang individu penting di sebalik kejayaan siri animasi Upin dan Ipin seterusnya kejayaan filem yang mengadaptasi watak itu, Geng: Pengembaraan Bermula.[2] Beliau merupakan pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.[3]

Fakta Segera Usamah Zaid Yasin, Kelahiran ...

Kerjaya Selepas tamat belajar di Universiti Multimedia (MMU), Usamah menyertai Les' Copaque Production bersama-sama Nizam Razak dan Anas Abdul Aziz, seterusnya muncul dengan siri animasi Upin & Ipin yang mana beliau berkhidmat sebagai penolong pengarah, kemudian diserap sebagai pengarahnya, menggantikan Nizam yang meninggalkan Les' Copaque pada 2009.

Pada tahun 2013, Usamah menamatkan kerjaya 7 tahunnya di Les' Copaque dan menubuhkan syarikat animasinya sendiri, WAU Animation di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan. Syarikat ini telah menerbitkan siri animasi Ejen Ali yang disiarkan di TV3 sejak 8 April 2016.[4]

Beliau mengarahkan filem pertamanya, Ejen Ali: The Movie yang merupakan kejayaan komersial apablia mendapat kutipan sebanyak RM30.05 juta di Malaysia[5] dan filem tersebut memenangi 2 daripada 10 anugerah yang dipertandingkan di FFM31.

Filem sekuel Ejen Ali: The Movie 2 sedang dalam proses pembikinan. Ia telah disahkan sendiri oleh beliau di laman media sosialnya dengan skrip draf bertajuk "Ejen Ali The Movie 2 (Misi: SATRIA)" beserta logo awal filem tersebut.[6][7]

Remove ads

Filemografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads