Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pengarah Terbaik FFM (Pengarah Terbaik) merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dan diberikan di Festival Filem Malaysia (FFM) kepada pengarah-pengarah filem Malaysia bagi memberi penghargaan atas pencapaian mereka. FFM merupakan festival filem paling berprestij di Malaysia, dan bermatlamat untuk mengiktiraf pencapaian Malaysia dan menarik minat masyarakat terhadap industri perfileman tempatan. Pencalonan dibuat oleh juri-juri yang berpengalaman tetapi pemenang ditentukan oleh kesepakatan semua juri-juri yang dilantik.
Festival Filem Malaysia, ketika itu dikenali sebagai Pesta Filem Malaysia, diberikan pertama kali pada awal 1980; pada tahun itu, Jins Shamsuddin memenangi Pengarah Terbaik untuk filemnya, Tiada Esok Bagimu. Pemenang terkini ialah Dain Iskandar Said menerusi filem Interchange. Seramai 50 pengarah telah dicalonkan di FFM, 20 daripadanya memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah, kerana semua penerimanya ialah lelaki. Pengarah yang paling diiktiraf di FFM ialah Shuhaimi Baba yang menjadi pengarah paling banyak memenangi kategori ini, dengan 3 kemenangan, bermula dengan Layar Lara pada 1994.
Menerusi Festival Filem Malaysia ke-28, 10 pencalonan dipertandingkan bagi kategori Pengarah Terbaik.[1] Bermula pada 2017, lima pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29), termasuk kategori Pengarah Terbaik tidak akan diumumkan awal sebelum anugerah bermula, bagi mengelakkan kontroversi serupa yang berlaku semasa Festival Filem Malaysia ke-28.[2]
Remove ads
Pemenang dan calon


Remove ads
Rekod
- Datuk Paduka Shuhaimi Baba menjadi pengarah paling banyak memenangi kategori ini, dengan 3 kemenangan.
- Datuk Paduka Shuhaimi Baba, Dato' Hj Rahim Razali, Syamsul Yusof memegang rekod memenangi kategori ini dengan secara berturut-turut.
- Syamsul Yusof memegang rekod sebagai pemenang termuda kategori ini (26 tahun).
- Saw Teong Hin memegang rekod sebagai pengarah bukan Melayu pertama memenangi kategori ini.
- Datin Paduka Shuhaimi Baba memegang rekod paling berjaya, dengan tercalon sebanyak 5 kali dan menang 3 daripadanya diikuti oleh Alllahyarhamah Yasmin Ahmad dan Aziz M. Osman, dengan 4 kali dan menang 1 daripadanya.
- Allahyarhamah Yasmin Ahmad memenangi kategori ini, tetapi diambil oleh adiknya berikutan beliau sudah meninggal dunia akibat serangan strok.
- Ahmad Idham memegang rekod paling banyak tercalon untuk kategori ini, iaitu 5 kali berturut-turut tanpa kemenangan.
- Aziz M. Osman dicalonkan untuk dua filem dalam kategori ini pada FFM 11. Rekod ini masih belum dipecahkan oleh sesiapa lagi.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads