My Sweet Lavender

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

My Sweet Lavender ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Adi Putra, Zara Zya dan Aeril Zafrel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 2 Jun 2017 hingga 24 Jun 2017 menggantikan Sumpah Ibu.[1]

Fakta Segera Genre, Ditulis oleh ...

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal. Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini.

Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya.

Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya.

Dua minggu berlalu dan Laila sedar, dia disahkan hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah reaksi Laila?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu utama

Pelakon pembantu

Remove ads

Runut bunyi

  • "Rindu Yang Terluka" - Profile Band
  • "Menahan Rindu" - Wany Hasrita
  • "Segalanya"- Haqiem Rusli
  • "Tergantung Sepi" - Haqiem Rusli
  • "Belenggu" - Syed Shamim
  • "Suka Denganmu" - Farah Farhanah
  • "Sampai Jannah" - Farah Farhanah
  • "Bukan Aku" - Tasha Manshahar
  • "Cinta Apa Adanya" - Tasha Manshahar
  • "Iya Iya" - Eleena Harris

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads