Wany Hasrita

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Wany Hasrita
Remove ads

Nurshazwany Hasrita Hasbullah (Jawi: نورشذوني حثريتا بنت حسب الله; lahir 24 Disember 1992) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.[2][3] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Menahan Rindu".[4]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...

Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.[5][6]

Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosi bagi musim ke-2 hingga musim ke-5.[7]

Remove ads

Kehidupan awal

Wany dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan di Cheras. Wany menempuh persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras, sekolah yang sama dengan rakan artis, Eric Fuzi dari kumpulan Floor 88. Wany merupakan graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU Shah Alam) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan.[8][9][10][11][12]

Kerjaya

Wany mula memuat naik video nyanyannya di aplikasi Smule pada 2012 dan mula mendapat perhatian di media sosial.[13][14]

Pada tahun 2016, Wany telah menandatangani kontrak rakaman di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah empat tahun menjadi artis di bawah label syarikat rakaman tersebut, beliau berjaya mengeluarkan beberapa single hit antaranya "Menahan Rindu, "Terlalu Memuja", "Belenggu Rindu" dan "Canggung".

Di YouTube, single pertamanya, iaitu "Menahan Rindu" ditonton melebihi 35 juta tontonan[15] manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff, iaitu "Disana Cinta Disini Rindu" ditonton melebihi 15 juta tontonan.[16]

Menerusi kedua-dua lagu tersebut, Wany berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 namun demikian hanya lagu "Menahan Rindu" yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL ke-32).

Wany kemudiannya mengeluarkan EP pertama yang dilancarkan pada 25 April 2018 yang bertajuk sama. EP tersebut mengandungi lima lagu iaitu "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul), "Rintihan Rindu", "Ewah-Ewah", "Semaikan Cinta" termasuk "Menahan Rindu" yang tercalon dalam AJL ke-32.

Wany turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem pertama lakonan beliau Tergantung Rindu lakonan Haqiem Rusli dan Tajul Ariff dengan memegang watak diri sendiri yang ditayangkan di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 9 Jun 2018.[17][18]

Melengkapkan portfolio kerjayanya, Wany menggalas peranan sebagai pengacara rancangan Sembang Sahur di TV3 bersama-sama Issey Fazlisham, Shuk Sahar dan Dayah Bakar.[19]

Beliau mempunyai kelab peminat rasmi, WanyHasnizers yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 yang merupakan suatu kejayaan besar dalam kerjaya seninya.[5][6] Kemenangan ini sekali gus memecahkan tradisi selama sembilan tahun yang dimenangi pelakon sebagai Bintang Paling Popular. Kali terakhir penyanyi memenangi kategori utama itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza pada ABPBH ke-22.[20]

Pada tahun 2019, beliau muncul dengan sebuah lagu Raya bertajuk "Menanti di Aidilfitri" menampilkan kolaborasi bersama Muna Shahirah, Wani Syaz dan Wan Azlyn. Sebuah muzik video yang turut dibintangi oleh Azhan Rani telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[21] Selain itu, Wany turut muncul dengan single, "Sinar Terindah" yang menampilkan duet bersama Wani Syaz.[22]

Wany, bersama Khai Bahar dan Sufian Suhaimi, menjayakan Konsert TRIO 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2019.[23]

Pada 5 Februari 2021, syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City) mengumumkan di akaun rasmi Facebook mereka bahawa muzik video beliau "Cinta Khayalan" akan dilancarkan secara rasmi di YouTube bermula jam 8 malam.[24][25]

Wany berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2021 dengan lagu "Canggung"[26] dan "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah).[27] "Belenggu Rindu" terpilih untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 dan sekaligus meraih tempat ketiga.[28]

Pada 20 Januari 2022, Wany sekali lagi berkolaborasi bersama Wani Syaz menerusi lagu duet "Sang Purnama". Lagu ciptaan Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King, manakala liriknya ditulis oleh Sang Hitam ini diilhamkan dari kisah percintaan Adam dan Hawa.[29][30]

Pada 1 hingga 3 Julai 2022, Wany telah berpeluang menjayakan Konsert Tribute Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab bersama-sama dengan artis ternama lain seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim, Shidee dan Ramlah Ram yang berlangsung di Istana Budaya.

Pada tahun 2023, Wany muncul dengan tiga lagu baharu, iaitu "Terpaling di Hari Raya" bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi dan Wani Syaz; "Wira Raya" bersama Muna Shahirah dan Wani Syaz dan "Sakitnya Penantian" menampilkan duet bersama Wani Syaz.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 20 September 2020, Wany telah berkongsi satu ciapan di Instagram miliknya bahawa beliau telah membeli sebuah rumah dua tingkat yang terletak di Semenyih, Selangor[31] selepas menerima kunci kediaman daripada pemaju.[32]

Pada 12 Julai 2022, Wany mendedahkan bahawa dirinya dan ibunya positif COVID-19. Bagaimanapun, Wany tidak menyatakan secara terperinci bila Wany dan ibunya, dijangkiti virus berkenaan.[33]

Pada 22 Julai 2022, Wany telah sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi bin Harun dengan dua kali lafaz.[34][35] Pasangan ini sebelum ini telah bertunang pada 26 Februari.[36]

Pada 8 Julai 2023, Wany selamat melahirkan anak perempuan kira-kira pukul 7.14 petang Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur yang diberi nama Aishah Al Iman.[37][38]

Diskografi

EP

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk Lagu ...
Remove ads

Videografi

Muzik video

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Filemografi

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads