Zila Bakarin
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rosmawati "Zila" Bakarin (lahir 7 Mac 1975) (Jawi: زیلا باکارین) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1]
Sepanjang kerjaya lakonannya, beliau sering dilabel sebagai pelakon stereotaip.[2]
Remove ads
Kehidupan awal
Zila Bakarin berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 8 Mac 1975 di Kedah. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 melalui telefilem Biduk Kasih terbitan Saujana Productions. Setahun kemudian, beliau membuat penampilan filem pertama menerusi filem Sate arahan Z. Lokman lakonan Nourul Depp, Liena Hangat, Hairie Othman dan Faizal Hussein. Pada 2001, beliau membintangi filem No Problem yang menandakan filem keduanya bersama Z. Lokman.
Zila juga muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abd Kader bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Soffi Jikan, Lisdawati, Vanida Imran dan Rashidi Ishak.[3]
Baru-baru ini, Zila berlakon bersama Nabila Huda dalam drama Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Ria.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Zila telah berkahwin dengan jurukamera Azri Izhar pada 11 Januari 2008 selepas lapan tahun berkenalan, pasangan ini dikurniakan dua cahayamata perempuan iaitu Kasih yang lahir pada tahun 2009 dan Chinta pada 2012. [4][5]
Sekitar 2008, beliau pernah membuat suntikan pada dagu dan mulut untuk kelihatan cantik, namun beliau tidak lagi melakukannya.[6]
Pada hujung 2019, beliau mula bertudung [7].
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Siniar
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads