Nana Sheme

penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Nana Sheme
Remove ads

Nur Nabilah Hashimi (lahir 20 Mei 1995) lebih dikenali secara profesional sebagai Nana Sheme atau Nanasheme, ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagunya, "Hantu Atau Buaya".[1][2] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[3]

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Nama lahir ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau mula berkecimpung dalam bidang muzik sewaktu menuntut di peringkat diploma. Namanya mula meraih perhatian peminat selepas lagu "Hantu Atau Buaya" nyanyiannya berjaya menduduki carta 10 lagu popular di pusat karaoke Red Box sepanjang 2015. Beliau memutuskan untuk memperlahankan kerjaya muzik pada 2016 untuk memberi tumpuan pada pelajaran.[4] Namun beliau sempat melancarkan single "Boleh Blah" dan album pertamanya pada Mac.[5]

Beliau kembali dengan single terbarunya, "Ragu-Ragu" yang dikeluarkan pada Mac 2020.[4][6][7] Beliau turut mengambil bahagian dalam projek kolaborasi muzik Make It Through yang turut disertai oleh Zee Avi dan Ayda Jebat.[4]

Big Stage (musim 3)

Beliau menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, namun beliau tersingkir bersama-sama dengan Hafiz Zainal di konsert minggu keenam, sekaligus gagal mara di konsert minggu seterusnya.[8][9] Berikut ialah senarai lagu persembahan beliau dalam konsert mingguan:

Maklumat lanjut Minggu, Tema ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Ibunya, Suriana Bt Mohd Butler meninggal dunia pada 2010 akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman dalam darah.[10] Beliau merupakan lulusan dalam Pengajian Pengurusan dan Pembinaan dari Fakulti Senibina dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM).[11][12][13]

Beliau berkahwin dengan penerbit muzik, Zikri Zakaria pada 22 Oktober 2022.[14]

Remove ads

Diskografi

Album

  • Nanasheme EP (2016)

Single

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads