Big Stage (musim 3)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Musim ketiga Big Stage, juga dikenali sebagai Big Stage 2020: Norma Baharu memulakan tayangan perdana pada 16 Ogos 2020 dan berakhir pada 4 Oktober 2020. Pada tahun ini, terdapat kelainan untuk edisi kali ini kerana tiada peserta dari luar negara yang terlibat seperti musim kedua yang lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 dengan tidak membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani pandemik ini.
Mengangkat tema Dimensi Berbeza Big Stage 2020 pada skala Norma Baharu, musim ketiga kali ini akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan berikutan negara masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).[1] Dengan pelbagai perubahan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan antaranya dengan penganjuran konsert mingguan dalam skala kecil dengan jumlah penonton yang sedikit.[2] Juara untuk musim ketiga disandang oleh Azzam Sham.[3]
Remove ads
Format rancangan
Seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 8 bintang lelaki dan 4 bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim ketiga. Peserta lelaki terdiri daripada Azzam Sham, Qody Rany, Usop, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah, Fadh Majid, Dinie Rashid, dan Amir Hasan. Manakala peserta perempuan ialah Nanasheme, Farisha Iris, Hanie Soraya dan Sandra Dianne.
Tiga ikon muzik tersohor tanah air Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah telah dilantik selaku juri tetap untuk musim ketiga ini. Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan. Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara konsert mingguan Big Stage. Live Plus Big Stage pula, Radin yang merupakan Personaliti dari ERA bergandingan bersama Isha Norsham menjadi pengacara untuk belakang tabir manakala Studio Big Stage dikendalikan oleh Sissy Imann dam Neeta Manishaa menjadi pengacara untuk kapsul harian serta perkembangan bintang-bintang Big Stage membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan. Tambahan pula, tiga selebriti iaitu Neelofa, Caprice, dan Michael Ang telah dipilih menjadi Presiden Netizen yang berperanan memberi pandangan dari mata penonton.
Remove ads
Peserta
(Umur dicatat mengikut waktu pertandingan)[4]
Remove ads
Konsert mingguan
Minggu 1
- Tarikh Disiarkan: 16 Ogos 2020
- Tema: Starter Pack
Juri Jemputan: Hael Husaini
Presiden Netizen: Neelofa
BBNU Paling Gempak: Azzam Sham
Tiga Terbawah: Amir Hasan, Hafiz Zainal & Nanasheme
Peserta Tersingkir: Tiada Penyingkiran
Minggu 2
- Tarikh Disiarkan: 23 Ogos 2020
- Tema: Hype Beat
Juri Jemputan: Ernie Zakri
Presiden Netizen: Caprice
BBNU Paling Gempak: Azzam Sham
Tiga Terbawah: Amir Hasan, Fadh Majid & Hanie Soraya
Peserta Tersingkir: Hanie Soraya
Minggu 3
- Tarikh Disiarkan: 30 Ogos 2020
- Tema: Duominasi
Juri Jemputan: Lah Ahmad
Presiden Netizen: Michael Ang
BBNU Paling Gempak: Azzam Sham
Tiga Terbawah: Amir Hasan, Dinie Rashid & Sandra Dianne
Peserta Tersingkir: Amir Hasan
Minggu 4
- Tarikh Disiarkan: 06 September 2020
- Tema: Baby Bash
Juri Jemputan: Joe Flizzow
Presiden Netizen: Elly Mazlein
BBNU Paling Gempak: Azzam Sham
Tiga Terbawah: Hafiz Zainal, Qody Rany & Yamani Abdillah
Peserta Tersingkir: Yamani Abdillah
Minggu 5: Tribute
- Tarikh Disiarkan: 13 September 2020
- Tema: #SandraDalamKenangan
Presiden Netizen: Elly Mazlein
Dibatalkan Penyertaan: Allahyarhamah Sandra Dianne
Minggu 6: Suku Akhir
- Tarikh Disiarkan: 20 September 2020
- Tema: Rotasi 36T & Battle
Juri Jemputan: Mas Idayu
Presiden Netizen: Elly Mazlein
BBNU Paling Gempak: Usop
Tiga Terbawah: Dinie Rashid, Hafiz Zainal & Nanasheme
Peserta Tersingkir: Hafiz Zainal & Nanasheme
Minggu 7: Separuh Akhir
- Tarikh Disiarkan: 27 September 2020
- Tema: Veto Juri & Duominasi Platinum
Juri Jemputan: Syafinaz Selamat
Presiden Netizen: Elly Mazlein
BBNU Paling Gempak: Dinie Rashid
Tiga Terbawah: Dinie Rashid, Farisha Iris & Qody Rany
Peserta Tersingkir: Farisha Iris
Minggu 8: Konsert Akhir
- Tarikh Disiarkan: 04 Oktober 2020
- Tema: Ultimatum (Slow and Fast Beat)
Juri Jemputan: Misha Omar
Presiden Netizen: Elly Mazlein
BBNU Paling Gempak: Azzam Sham
Remove ads
Pemenang dan Hadiah
- Juara: Azzam Sham (RM 100,000 dan Trofi)
- Naib Juara: Usop (RM 50,000 dan Trofi)
- Tempat Ketiga: Qody Rany (RM 25,000 dan Trofi)
- Tempat Keempat: Dinie Rashid (RM 10,000 dan Trofi)
- Tempat Kelima: Fadh Majid (RM 5,000 dan Trofi)
Kedudukan Mingguan
Kunci Warna
Juara Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)
Naib Juara Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)
Ketiga Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)
Keempat & Kelima Keseluruhan (Markah Juri + Undian Penonton)
Kedudukan Mingguan 3 Terendah (Markah Juri + Presiden Netizen)
Imuniti
Terselamat daripada Penyingkiran
Dikecualikan (Tidak menghadiri konsert)
Tersingkir (Undian Penonton Terendah)
Remove ads
Kronologi
- Pada 5 September 2020, Sandra terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 9.2, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berdekatan Subang Jaya, Selangor pada jam 2:30 petang. Beliau mengalami kecederaan di kepala selepas kereta Great Wall yang dinaiki bersama rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbalik. Sandra dibawa ke Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya di mana keadaan beliau dilaporkan tidak sedarkan diri. Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage. Pada awal 2 pagi tanggal 11 September 2020 iaitu 5 hari selepas bertarung nyawa, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Putrajaya. Konsert pada minggu ketiga merupakan persembahannya yang terakhir di dalam Big Stage 2020 sebelum beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan telah disahkan meninggal dunia. [6][7]
- Sebagai tanda penghormatan terakhir, pihak Astro mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Konsert Big Stage 2020 minggu kelima pada Ahad (13 September 2020) seperti kebiasaan sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang Allahyarhamah dan penglibatan beliau dalam industri seni tanahair terutamanya sepanjang pertandingan Big Stage 2020 berlangsung. [8]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads