Nushi Mahfodz
ahli akademik dan agamawan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nushi bin Mahfodz (lahir 27 Disember 1975) merupakan seorang ahli politik, pendakwah dan pensyarah kelahiran Britain yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Semenyih sejak Ogos 2023.[1]
Remove ads
Kerjaya
Sekembalinya dari Jordan pada tahun 2001, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Sekolah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari tahun 2001 hingga 2011 selama sedekad. Sejak 2011, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), serta dilantik sebagai timbalan pengarah KUISCELL Sendirian Berhad (Sdn Bhd) sejak 2014. Dalam masa yang sama, beliau turut berperanan sebagai penasihat syariah di beberapa institusi perbankan. Beliau dilantik sebagai penasihat syariah di Asian Finance Bank yang berpangkalan di Qatar dari 2014 hingga 2017. Apabila Asian Finance Bank diambil alih dan dinamakan semula sebagai MBSB Bank, khidmat beliau sebagai penasihat syariah diteruskan sehingga 2018.[2][3]
Remove ads
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam pilihan raya negeri Selangor 2023, Nushi telah dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Semenyih untuk penggal pertama selepas menewaskan Wan Zulaika Anua dari UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis sebanyak 1,262 undi.[4][5]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads