One Million Dollar Voice

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

One Million Dollar Voice ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Michael Ang dibintangi oleh Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Tracie Sinidol, Lah Ahmad, Ezra Kairo, Layla Sania, Roy Azman, Neeta Manis, Uriah See, Naufal Azrin dan ramai lagi. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 28 Ogos 2023 menggantikan Budak Hostel Otaknya Sewel. [1][2]

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.

Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.

Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.

Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.

Remove ads

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

  • Nina Juren sebagai Hasnah
  • Sean Lee sebagai Jason
  • Farid Amirul sebagai Tauke Hung
  • Keanu Azman sebagai Mad Sajad
  • Bee Aishah sebagai Sofia
  • Zarul Husin sebagai En. Karim
  • Akmal Asyraf sebagai Aress
  • Malle Christian sebagai Neeta
  • Natasha Roslan sebagai Jaja
  • Melissa Aurellia sebagai Keena
  • Hafeez Mikail sebagai Jahar
  • Zarina Zainoordin sebagai Suraya
  • Maria Farida sebagai Salina
  • Auni Yusri sebagai Nadia
  • Fizzy Aziz sebagai Abu
  • Faizul Syaharin sebagai Sarjan Hassan
  • Afry Wijoyo sebagai Pembantu Jason
  • Ikhwan Khairuddin sebagai Aslam
  • Wan Azwan sebagai Murad
  • Shyrim Husni sebagai Doktor

Penampilan Khas

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads