Hafeez Mikail

Pelakon dan model lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Hafiz Muhammad Zaki (lahir 8 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Hafeez Mikail ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[1][2][3] Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan tanah air pada 2010, beliau terkenal menerusi watak Tengku Zarul dalam drama Hati Perempuan, Megat Wakeel dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita dan AJ dalam Kenyalang I'm In Love. Pada 6 Mei 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya Noor Azira Azman.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Muhammad Hafiz bin Muhammad Zaki dilahirkan pada 8 Ogos 1992 di Taman Melati, Kuala Lumpur.[4]

Beliau bersekolah di SMK Taman Melawati, Hafeez ialah seorang pelajar yang tidak menggemari subjek matematik. Beliau sempat membintangi drama Blogger Boy dan iklan Petronas sebelum menceburi kerjaya di awan biru sama seperti ibunya. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Rekaan Grafik dan Multimedia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.

Remove ads

Kerjaya

Hafeez pernah bekerja sebagai pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) selama 2 tahun, dari 2010 hingga 2012 dan pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih Helang Buana.[5]

Selepas membuat penampilan singkat dalam Blogger Boy dan menamatkan kerjayanya di MAS; pada 2013, Hafeez memegang watak sebagai Jeff dalam drama Janji Adam yang bersiaran di TV3, seterusnya membintangi dua telefilem, iaitu Korban Kasih dan Banglo Seksyen 2.

Pada tahun 2014, Hafeez berlakon dalam dua drama, bermula dengan drama adapatsi novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3 lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda, memegang watak sebagai Safuan, seterusnya memegang watak Kimi dalam Ride di TV9. Kejayaannya hadir pada 2015 apabila memegang watak Tengku Zarul dalam Hati Perempuan yang dibintangi oleh Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan. Sebelum Hati Perempuan, Hafeez terlebih dahulu membintangi drama Puteri Bukan Nama Sebenar dengan menjayakan watak Mikail.

Kerjaya filem Hafeez bermula apabila ditawarkan membintangi filem pertamanya, Busker (2018) arahan Syed Khairul Faiz lakonan bersama Daiyan Trisha, Mas Khan dan Bulan Terry.[6] Menerusi filem ini, beliau telah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-30. Beliau kemudian melancarkan single pertamanya, "Rahsia".

Hafeez kemudian menjayakan watak utama bersama Ain Edruce dalam Kenyalang I'm In Love yang menjalani penggambaran di Sarawak. Beliau seterusnya menjadi salah seorang pelakon utama drama Vila Ghazara yang antara lain turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, beliau memegang watak sebagai Dazrin.

Hafeez seterusnya berlakon bersama Hisyam Hamid dan Aprena Manrose dalam drama Hatimu Sedingin Salju yang mana beliau memegang watak sebagai Nabil.[7][8]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Hafeez Mikail mendedahkan pada Januari 2019 bahawa semua laman media sosial miliknya telah digodam.[9]

Hafeez telah bertunang dengan Noor Azira Azman pada 24 Disember 2022.[10] Pasangan ini berkahwin pada 6 Mei 2023.[11][12]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Maklumat lanjut Tajuk, Penyanyi ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads