Bangsa Uyghur

kumpulan etnik di China From Wikipedia, the free encyclopedia

Bangsa Uyghur
Remove ads

Bangsa Uyghur, atau Uygur, Uigur, Uyghur (Uyghur: ئۇيغۇر;), merupakan sebuah etnik minoriti rasmi di Republik Rakyat China. Suku ini antara suku yang ditindas oleh bangsa cina kerana beragama islam. Mereka merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uyghur dan memeluk agama Islam.

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...
Thumb
Orang-orang Uighur di sebuah pasar di Hotan, Xinjiang.

Bangsa Uyghur bersama kaum Hui menjadi kaum utama pemeluk agama Islam di China. Namun, ada perbezaan budaya dan gaya hidup yang ketara di antara kedua-dua etnik minoriti ini. Bangsa Uyghur lebih menjurus kepada kehidupan Asia Tengah, manakala Orang Hui lebih condong mengamal budaya Konfusianis oriental.

Bangsa Uyghur banyak terdapat di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang. Manakala, di Wilayah Hunan, merupakan kawasan yang paling tinggi dihuni oleh orang Uyghur di China. Komuniti Uyghur boleh didapati dinegara-negara seperti di Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Juga, bangsa Uyghur ini menghuni dikawasan Asia Selatan, iaitu di Afghanistan dan Pakistan. Selain itu, bangsa ini menghuni di Turki.

Remove ads

Budaya

Agama

Kebanyakan Orang Uyghur merupakan pemeluk Islam Sunni, bermazhabkan Hanafi.

Bahasa

Terdapat persamaan pertuturan bahasa diantara orang Ugyhur dengan orang Uzbek dan Turki, ini kerana, bahasa yang ditutur adalah jenis Altaik. Selain penggunaan bahasa ini, bahasa Arab juga digunakan, ini adalah kerana bagi memudahkan pemahaman Al-Quran. Orang Uyghur berkebolehan berbahasa seperti bahasa-bahasa Cina, Rusia, Uzbek, Kazakh, Kyrgyz dan Turki, ini terjadi kerana orang Uyghur, menghuni dikawasan-kawasan berhampiran dengan negara-negara asal tersebut.

Pendidikan

Orang Uyghur yang ingin melanjutkan ke peringkat universiti, perlu memahami dan lulus peperiksaan bahasa Cina [3]

Makanan

Pemakanan orang Uyghur banyak berasas dari daging kambing dan biri-biri. Manakala, bekalan sumber karbohidrat datang dari roti dan Lamian.

Remove ads

Lihat Juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads