Parti Ikatan Bangsa Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) (Bahasa Inggeris: Malaysia National Alliance Party) adalah salah sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Remove ads
Sejarah Penubuhan
Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau IKATAN ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh beberapa bekas pemimpin nasional Malaysia. Presiden penajanya ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Majlis pelancaran dihadiri 200 orang di Hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan. IKATAN menyasarkan 500,000 ahli dari seluruh negara dalam tempoh setahun. Borang telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 5 Jun 2012[1]. RoS sepatutnya tidak ada sebab menolak pendaftaran kerana telah memenuhi semua syarat.[2] Pada 15 Mei 2015[3], parti ini telah dilancarkan dengan teras sebagai aspirasi parti berbilang kaum yang mendukung bangsa Malaysia yang bersatu padu, maju, adil, saksama dan bahagia.
Remove ads
Bendera & Logo
KETERANGAN BENDERA – LOGO[4]
Bendera dan Logo yang telah disatukan ini melambangkan tekad “IKATAN BERPADU” rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya hendak melonjak maju sebagai Bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu, maju, adil, saksama dan bahagia. Ianya mengandungi 4 warna — Putih, Merah, Biru dan Kuning.
- PUTIH : Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan IKATAN memperjuangkan visi dan misinya untuk Bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu, maju, adil dan saksama dan bahagia.
- MERAH : Merah adalah simbolik tekad dan azam IKATAN, berkorban apa saja, dalam perjuangan menjayakan visi dan misinya.
- BIRU: Biru adalah warna keharmonian dan kedamaian. Laungan Kemerdekaan Bara Kemerdekaan/Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, serta perjuangan dan legasinya menjadi petunjuk serta dokongan kukuh visi dan misi IKATAN.
- KUNING: Kuning melambangkan Raja Perlembagaan dan Perlembagaan Negara yang akan sentiasa disanjung, didokong dan dipertahankan oleh IKATAN.
Remove ads
Visi dan Misi
Visi
Menyatu padu dan merapatkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya supaya benar-benar menjadi satu: sebagai “Bangsa Malaysia yang bersatu padu, maju, adil dan saksama, dan bahagia”.
Misi
- Menghidupkan kembali sumpah janji dan idealisma Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas Kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia.
- Dengan sesungguhnya menyedari, memperakui dan menghormati hak-hak dan kedaulatan Kerajaan negeri-negeri dalam semangat negara Persekutuan sejati serta selaras dengan prinsip demokrasi tulen dan semangat Perlembagaan Malaysia.
- Memastikan institusi-institusi negara mendukung dan menghormati kedaulatan undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, hak serta nilai-nilai sejagat.
- Menyokong dan menegakkan suatu pentadbiran yang:
- benar-benar telus dan bertanggungjawab
- cekap dan efisien
- bebas rasuah dan bebas kronisma
- bersih dan ikhlas
- Melonjakkan kedudukan sosio-ekonomi seluruh rakyat Malaysia agar semuanya dapat mengecapi kehidupan yang benar-benar maju, adil, saksama dan progresif sejajar dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa depan bersama.
Organisasi
Senarai Anggota Dewan Tertinggi IKATAN ː
Senarai Anggota Jawatankuasa Kepimpinan Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) sesi 2019-2021[5] ː
Senarai Anggota Jawatankuasa Kepimpinan Dewan Wanita Ikatan Malaysia (DWIM) sesi 2023-2025
Remove ads
Perkembangan Parti
- Pada 7 Jun 2012[6], majlis pelancaran dan pengenalan pemimpin protem IKATAN diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan.
- Pada 31 Mac 2014, penubuhan IKATAN diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan.
- Pada 15 Mei 2015[3], majlis pelancaran IKATAN telah diadakan di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan.
- Pada 16 Mac 2016[7], IKATAN mengumumkan membentuk pakatan politik blok ketiga dengan PAS[8][9]
- Pada 28 Julai 2016[10], Pejabat IKATAN Kawasan Petaling Jaya Utara dilancarkan oleh Pengerusi IKATAN Selangor, Dato' Seri Muhammad Badri Abdul Rahman.
- Pada 5 Ogos 2016[11], IKATAN dan PAS dalam proses menyediakan kertas kerja urusan dana politik yang mana masih belum ada undang-undang diperuntukan untuk mengawal aktiviti mengumpulkan dana politik pada masa ini[12].
- Pada 13 Ogos 2016, IKATAN bersama-sama PAS menubuhkan sebuah gabungan parti politik bernama Gagasan Sejahtera [13].
- Pada 11 Ogos 2017[14], Pemuda Gagasan Sejahtera Selangor ditubuhkan antara Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan Dewan Pemuda IKATAN Selangor.
- Pada 18 November 2017[15], Dewan Pemuda IKATAN Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengorak langkah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemuda Gagasan Sejahtera. Pnubuhan Jawatankuasa Pemuda Gagasan Sejahtera bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti Pemuda parti komponen dalam Gagasan Sejahtera dalam mendepani isu semasa, polisi serta dasar utama negara.
- Pada 25 April 2018[16][17], Gagasan Sejahtera mengumumkan 5 orang daripada IKATAN akan menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum Malaysia 2018. Kesemuanya bertanding di Selangor.
- Pada 28 April 2018 yang merupakan hari penmaan calon Pilihan Raya Umum Malaysia 2018[18], IKATAN buat pertama kalinya menyertai Pilihan Raya Umum Malaysia dan mengesahkan penyertaan 4 wakil mereka dalam pilihan raya ini, manakala seorang lagi calon mereka tidak layak bertanding akibat muflis[19].
- Pada 10 Februari 2019, sebuah mesyuarat penyelarasan[20] antara Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia dan Pemuda BERJASA Malaysia telah diadakan di bilik gerakan BN. Sebuah jawatankuasa khas mengenai penyelarasan kerjasama dipersetujui untuk ditubuhkan[21].
- Pada 19 Mac 2019, IKATAN mengisytihar deklarasi solidariti[22] terhadap kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha mengembalikan integriti negara. Tindakan ini selari dengan tindakan yang didahului oleh PAS[23][24][25] dan UMNO[26][27][28].
Remove ads
Calon-calon Pilihanraya
PRU 2018 - Parlimen
- Subang - Mohd Shahir Mohd Adnan (Lambang PAS) - Hilang Deposit
PRU 2018 - DUN
- Bukit Gasing, Selangor - Datuk David Sew Kah Heng (Lambang PAS) - Hilang Deposit
- Pandamaran, Selangor - G S Santokh Singh (Lambang PAS) - Hilang Deposit
- Kinrara, Selangor - Datuk Jonathan Lim Ying Ran (Lambang PAS) - Hilang Deposit
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
