Rahimah Majid
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Puan Rahimah binti Majid (lahir 26 Februari 1978) ialah seorang peguam dan ahli politik bagi Negeri Sabah, Malaysia.
Remove ads
Penglibatan politik
Rahimah Majid memulakan penglibatan Politik dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR[1], Ketua Wanita (PKR) Sabah[2][3][4], Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan Sabah[5] dan Ketua Wanita PKR Cabang Kudat [6].
Namun begitu, beliau telah dipecat sebagai ahli PKR , Majlis Pimpinan Pusat PKR, Ketua Wanita PKR Sabah dan Ketua Wanita PKR Cawangan Kudat pada 28 Jun 2020[7] . Dimana sebelumnya beliau merupakan diantara 4 pemimpin dan 285 ahli PKR yang digantung keanggotaan sementara pada 4 Mei 2020[8]. Pengantungan dan pemecatan Rahimah Majid berikutan peristiwa Langkah Sheraton[9][10] dimana beliau telah menyokong kepimpinan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin serta Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang keluar daripada PKR.
Pada 8 Januari 2022 Rahimah Majid telah dilantik sebagai Naib Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM)[11] dan pada 11 Jun 2022 beliau dilantik sebagai Pengerusi Parti Bangsa Malaysia (PBM) Sabah.[12] Pada 27 Disember, beliau bersama 12 ahli PBM lainnya telah dipecat.[13]
Remove ads
Kerjaya korporat
Rahimah Majid dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia[14] Pada 1 Oktober 2021[15][16][17][18] dan pernah dilantik menjawat sebagai Ahli Lembaga Pengarah - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia[19][20].
Lantikan Pegawai Khas
Rahimah Majid pernah dilantik sebagai Pegawai Khas Kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia iaitu Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dari tahun 2018 hingga 2020[21][22].
Penglibatan persatuan
Rahimah Majid aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang jawatan sebagai ;
- Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kudat[23].
Keputusan pilihan raya
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, Rahimah Majid telah dicalonkan untuk bertanding bagi Parlimen Kudat[24]. Beliau merupakan calon dari (PKR) yang menentang calon BN iaitu Datuk Haji Abd Rahim Bakri[25].
Remove ads
Anugerah
Sabah :
Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - (2021)[29]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads