Pencuri Hati
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
"Pencuri Hati" ialah lagu oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat. Ia dikeluarkan sebagai single keduanya pada 30 Januari 2016 melalui Paranormal Talents dengan lagu dan lirik oleh Kevin Chin dan Ayda sendiri. Ia juga menjadi lagu tema drama Isteri vs Tunang.[1][2]
Versi dangdut lagu ini dilancarkan pada Februari 2017 di Indonesia.[3][4]
Remove ads
Keluaran
"Pencuri Hati" dikeluarkan pada 30 Januari 2016. Namun tidak lama selepas ia dikeluarkan, ia mengundang pelbagai reaksi pendengar dan paling mengesankan apabila ia dikatakan meniru muzik K-Pop. Ayda bagaimanapun menafikan perkara tersebut.[5][6] "Pencuri Hati" versi dangdut juga telah menduduki carta di empat stesen radio Indonesia.[7]
Muzik video
Muzik video untuk "Pencuri Hati" diterbitkan oleh The Malaya dan diarahkan oleh Zahilman Ismail. Penggambaran sebahagiannya dijalankan di KidZania Kuala Lumpur. Ia dimuat naik di saluran YouTube rasmi Ayda pada 25 Jun 2016, meraih jumlah tontonan hampir 200,000, manakala video liriknya telah ditonton 7.6 juta kali.[8]
Format dan senarai runut
- Muat turun digital[9]
- "Pencuri Hati" – 3:38
- "Pencuri Hati (Karaoke)" – 3:38
- "Pencuri Hati (Irwan Simanjuntak Dangdut)" – 3:49
- "Pencuri Hati (Irwan Simanjuntak Dangdut Karaoke)" – 3:50
Carta
Sejarah keluaran
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads