Perkahwinan hantu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Perkahwinan hantu (Bahasa Cina: 冥婚; pinyin: mínghūn; secara harfiahnya "kawhin roh") ialah suatu amalan budaya Cina di mana salah satu atau kedua-dua orang yang dikahwinkan ini telah pun meninggal dunia.[1]:99 Ia masih diamalkan pada zaman ini walaupun tidak begitu sekerap zaman dahulu.[2]

Fakta Segera Bahasa Cina, Maksud harfiah ...
Remove ads

Sebab berkahwin

Perkahwinan sebegini dilakukan dengan beberapa sebab tertentu termasuklah:

  • menyempurnakan hubungan pasangan yang telah bertunangan sebelum salah satu tunang tersebut meninggal dunia,[3]:29
  • memasukkan seorang pemudi sunti dalam sesebuah salasilah keluarga,[1]:82
  • meneruskan nasab keluarga,[3]:29
  • mengelakkan situasi "langkah bendul" - yakni seorang adik tidak boleh kahwin dahulu sebelum abangnya.[3]:29
Remove ads

Persediaan

Mas kahwin

Hantaran mas kahwin sesama kedua-dua keluarga bergantung kepada budi bicara kedua-dua keluarga tersebut; ada hantaran yang diberikan seringkas sampul merah.[1]:98 namun kajian dan pemerhatian yang dilakukan Janice Stockard menunjukkan bahawa pihak pengantin lelaki (tidak kira yang hidup atau mati) perlu memberikan rumah yang boleh dihuni bakal isteri.[1]:98

Upacara

Upacara yang dilakukan lebih kurang sama dengan perkahwinan yang diadakan jika calon pengantin masih hidup, cuma calon yang meninggal dunia akan diwakili patung yang diperbuat daripada kertas, buluh,[4]:71 atau kain.[5]:147 Kedua-dua pengantin ini masih akan berpakaian cantik yang lazim dalam perkahwinan sebegini dan dihiasi barang kemas.[4]:71 Pengantin lelaki hidup yang masih akan berkahwin dengan pasangan pilihan yang telahpun meninggal dunia akan mengenakan sarung tangan hitam berbanding yang putih.[5]:149 Keberadaan pengantin mati juga akan dilambangkan dengan peletakkan papan roh dalam patung mewakili si mati.[5]:147

Ketika majlis kenduri diadakan, pengantin akan ditempatkan di sebuah bilik khas bersama barangan seni kertas berupa perabot, orang gaji dan pakaian yang akan dibakar agar dapat dibawa ke dunia lain untuk kegunaan alam sana.[4]:71

Pengantin yang mati itu sendiri dilayan seakan masih hidup semasa upacara dan majlis dilangsungkan.[6]:151 Papah roh pengatin akan diletakkan dengan papan-papan nenek moyang keluarga setelah habisnya majlis.[5]:148

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads