Piala AFC 2012
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Piala AFC 2012 akan menjadi edisi ke-9 bagi Piala AFC, dimainkan di antara kelab-kelab dari negara-negara yang menjadi ahli kepada Konfederasi Bola Sepak Asia.
Al-Kuwait dari Kuwait telah menjuarai Piala AFC edisi kali ini buat kali kedua setelah menewaskan Arbil dari Iraq.[3]
Remove ads
Peruntukan kemasukan bagi persatuan
Pengagihan slot berikut untuk AFC Cup 2012 telah diluluskan oleh AFC pada bulan November 2011: [4][5]
- notakaki
- A Berbeza daripada musim-musim yang lalu di mana pasukan yang tewas di dalam pusingan separuh akhir play-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC, dari 2012 hanya pasukan akhir play-off Liga Juara-Juara akan memasuki Piala AFC.[4]
- B Kuwait mempunyai tiga pasukan yang masuk dimana Al-Kuwait, naib juara Piala AFC 2011 gagal memenuhi kriteria yag ditetapkan oleh AFC untuk bertanding di dalam Liga Juara-Juara AFC 2012, oleh itu secara terus menyertai Piala AFC 2012.[4]
- C Bahrain, walaupun layak memasuki Piala AFC, memilih untuk tidak meyertai pertandingan AFC 2012.[4]
- D Indonesia hanya mempunyai satu pasukan kerana juara liga mereka akan memasuki kelayakan play-off Liga Juara-Juara AFC 2012.[4]
- E Malaysia akan kembali ke pertandingan itu, selepas tidak melibatkan diri pada tahun 2011.[6]
- F Myanmar telah memohon kenaikan taraf daripada Piala Presiden AFC ke Piala AFC,[7] dan ianya telah dipersetujui oleh AFC pada bulan November 2011,[4] dan akan memberikan penampilan mereka di dalam pertandingan tersebut.[5]
Empat ahli gabungan (Yaman, Malaysia, Maldives, Myanmar) dengan mata terendah merujuk kepada sistem penilaian AFC mempunyai satu pasukan memasuki peringkat kumpulan dan satu pasukan memasuki play-off.[4]
Remove ads
Pasukan-pasukan layak
Sebanyak 33 pasukan akan mengambil bahagian dalam Piala AFC 2012.[4]
- 31 pasukan (19 di Zon Asia Barat, 12 di Zon Asia Timur) secara langsung akan memasuki peringkat kumpulan.
- 2 pasukan (kedua-dua di Zon Asia Barat) akan bertanding dalam kelayakan play-off. Pemenang akan layak ke peringkat kumpulan.
Senarai kemasukan sementara berdasarkan format terkini, akan dipastikan oleh AFC.
Notakaki: Pasukan-pasukan boleh ditukar daripada satu zon kepada yang lain untuk keseimbangan.
- notakaki
- † Al-Oruba akan menjadi wakil kedua dari Oman, bukan Dhofar yang merupakan pemenang Piala Sultan Qaboos 2011.
Remove ads
Jadual
Jadual tarikh pertandingan 2012.[8]
Kelayakan play-off
Undian untuk kelayakan play-off telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 6 Disember 2011.[10] Pemenang mara ke peringkat kumpulan.[11]
- Notakaki
Remove ads
Peringkat kumpulan
Undian bagi peringkat kumpulan telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 6 Disember 2011.[13] Kelab dari negara yang sama tidak akan diundi di dalam kumpulan sama. Pemenang dan naib johan dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.[11]
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Kumpulan D
Kumpulan E
Kumpulan F
Kumpulan G
Kumpulan H
- Pemecah seri[11]
- Arema, Navibank Saigon dan Ayeyawady United diletakkan berdasarkan rekod pertembungan antara mereka: Arema (7 mata), Navibank Saigon (6 mata), Ayeyawady United (4 mata).
Remove ads
Peringkat kalah-mati
Pusingan 16 Pasukan
Berdasarkan keputusan undian peringkat kumpulan, jadual perlawanan untuk Pusingan 16 Pasukan diputuskan seperti berikut. Setiap pasukan akan bermain dalam satu perlawanan, dihoskan oleh juara setiap kumpulan (Pasukan 1) dengan naib juara kumpulan yang lain (Pasukan 2).[11]
Suku Akhir
Undian untuk suku akhir, separuh akhir dan akhir telah diadakan pada 14 Jun 2012 selepas tamat pusingan 16[14]. Perlawanan pertama dan kedua masing-masing akan diadakan pada 18 dan 25 September 2012.
- Layak
Separuh Akhir
Perlawanan pertama dan kedua masing-masing akan diadakan pada 2 dan 23 Oktober 2012.
Akhir
Akhir Piala AFC 2012 akan dihoskan oleh salah satu daripada finalis, diputuskan melalui undian.[15]
Remove ads
Penjaring terbanyak
Nota: Gol yang telah dijaringkan di dalam pusingan kelayakan tidak dikira.
Source:[16]
Remove ads
Lihat juga
- Liga Juara-Juara AFC 2012
- Piala Presiden AFC 2012
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads