Projector Band
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Projector Band ialah kumpulan muzik rock Malaysia yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Projector Band mula muncul di industri muzik Malaysia dengan single mereka "Sudah Ku Tahu" pada tahun 2016.
Remove ads
Latar Belakang
Projector Band menonjolkan penampilan yang sederhana meskipun sudah popular dengan single-single mereka. Keunikan kumpulan ini ialah ketika verse lagu mereka, mereka akan bernyanyi slow note kemudian ke chorus pula mereka akan high note. Mereka juga anak didik gitaris Kumpulan Khalifah iaitu Harry. Gitaris kumpulan ini iaitu Razif juga mampu mencipta dan menulis sesebuah lagu.
Kerjaya
Pembentukan (2013-2016)
Projector Band ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama Projector (kini Projector Band) di cetuskan dari Ahmad Khusairi iaitu bassist kumpulan ini yang merupakan tulang belakang band ini. Pada asalnya, Projector Band hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar atau lebih mesra dipanggil Is (Vokalis), Razif atau Angah (Gitar utama), Ahmad Khusairi atau Mat (Gitar bass), [1] Kemudian mereka tambah lagi dua orang ahli iaitu Isnaidi atau lebih mesra dipanggil Eddy (Gitar kedua) dan Syafiq atau Apit (Drum). Pada tahun 2014, mereka memuat naik video pertama mereka di YouTube, video tersebut ialah mereka menyanyikan lagu "Sudah Ku Tahu".
(2016 - kini)
Pada 11 Disember 2015, Projector Band dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman Map Music untuk merakamkan single pertama mereka "Sudah Ku Tahu" untuk dimasukkan ke corong-corong radio.
Selepas itu, bermula bulan Februari "Sudah Ku Tahu" dikeluarkan ke corong-corong radio, Projector Band mula mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan lagu "Sudah Ku Tahu" kerana melodi lagu ini seakan seperti lagu balada tahun 90'an dan penghayatan vokalis kumpulan ini membawa lagu ini dengan sungguh baik. Lagu "Sudah Ku Tahu" mulai tular dan disambut hangat di corong-corong radio, mengungguli kebanyakan carta corong-corong radio di Malaysia dan banyak tontonanya di Youtube hingga mencecah 20 juta tontonan pada Januari 2017 .Lagu ini berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi tempat ke-3 pada malam tersebut. Selepas hangat dengan single pertama mereka "Sudah Ku Tahu, mereka muncul dengan single kedua mereka iaitu "Pasti Ada Kamu" dikeluarkan ke corong-corong radio awal bulan Disember 2016. Tahun 2022 Haziq Sebagai Vokalis Baharu Menggantikan Is
Remove ads
Keahlian
Anggota Terkini
- Haziq - Vokal
- Razif Zainuddin (Razif, Angah) - Gitar Utama
- Wan Akira - Gitar Kedua
- Enal - Bass
- Syafiq Zainuddin (Syafiq, Apit) - Dram[2]
Bekas Anggota
- Iskandar Zulkarnain (Is) - Vokal
- Ahmad Khusairi Saferi (Mat) - Bass
- Isnaidi Eidham Razali (Eddy) - Gitar Kedua
Diskografi
Album studio
- Projector Band (2018)
Single
Single lain
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Industri Muzik
Anugerah Juara Lagu
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads