Proksi
Filem 2021 arahan Shaufie Wahid From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Proksi ialah sebuah filem aksi Malaysia 2021 arahan Shaufe Wahib dengan cerita asal oleh Azril Hamzah dan skrip oleh Azril dan Fairul Nizam Ablah. Ia dibintangi oleh Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Sangeeta Krishnasamy dan Susan Lankester.[1][2] Filem ini merupakan penampilan layar lebar terakhir Ashraf yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020 dan ditayangkan pada 18 November 2021 di Astro First. Ia telah diiktiraf sebagai filem jenayah siber pertama di Malaysia.[3]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan tentang penggodam elit Sam (Bront Palarae) bersama rakannya, Aman (Ashraf Sinclair) yang telah melarikan diri ke Bangkok. Tanpa pengetahuan Sam, Aman menggodam ‘platform keselamatan data’ yang dikenali sebagai MySoil dan bekerjasama dengan Elle (Sangeeta Krishnasamy) untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Carrie di Bangkok. Dalam masa yang sama, Aman mencuri wang Carrie. Seorang tentera upahan bernama Aqil (Remy Ishak) cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Sam pula telah ditangkap dan disoal siasat oleh dua penyiasat, Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Rosyam Nor). Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negara.
Sam, penggodam elit yang pernah disabitkan kesalahan, dihantar bekerja untuk Cybersec Corporation di bawah pengawasan Elle. Rakannya Aman telah menggodam "platform keselamatan data" yang dikenali sebagai MySoil dan telah bersetuju untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Carrie di Bangkok. Ketika Sam mengetahui bahawa Aman bersekongkol dengan Elle untuk menggodam dan mencuri wang Carrie, pergaduhan yang lebih berbahaya meletus di Bangkok. Seorang tentera upahan bernama Aqil cuba mengesannya untuk mendapatkan kembali wang yang dicuri.
Sam ditangkap dan diinterogasi oleh dua penyiasat, Roy dan Remy ketika dia kembali ke Malaysia. Secara sinis, Sam cuba memanipulasi beberapa peristiwa yang berlaku. Mengetahui Aqil mempunyai agenda tersendiri, Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negaranya.
Remove ads
Pelakon
- Bront Palarae sebagai Sam[4]
- Ashraf Sinclair sebagai Aman
- Remy Ishak sebagai Aqil[5]
- Sangeeta Krishnasamy sebagai Elle[6]
- Susan Lankester sebagai Ms. Rose
- Rosyam Nor sebagai Remy[7]
- Faizal Hussein sebagai Mr. Roy[7]
- Siti Saleha sebagai Diana
- Adrianna Qasmia sebagai Arissa
Penerbitan
Proksi diarahkan oleh Shaufe Wahib yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Azril Hamzah dan Fairul Nizam Ablah. Filem ini menjalani penggambaran di Malaysia dan Thailand.[1] Shaufe berkata: "Filem ini amat istimewa bagi kami kerana ia menggabungkan tenaga-tenaga kreatif dan berpengalaman dalam industri perfileman tanah air. Saya harap, filem Proksi dapat memberi kepuasan berbeza kepada penonton dan merancakkan lagi industri filem tanah air,”.[8] Filem ini pada asalnya diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, pengarah filem J Revolusi, namun Zulkarnain menarik diri dan digantikan oleh Shaufe.
Keluaran dan sambutan
Pada asalnya dirancang untuk tayangan di pawagam, bagaimanapun, Proksi ditayangkan di Astro First pada 18 November 2021.[1]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads