Raja Azmi
Pengarah, pelakon dan penerbit Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Raja Azmi binti Raja Sulaiman (lahir 27 Jun 1959) lebih dikenali sebagai Kak Mi merupakan seorang pengarah dan penerbit televisyen dan filem Malaysia, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau terkenal sebagai penerbit komik autobiografi Anak-anak Sidek dan siri animasinya. Selain itu, antara filem-filem terbitannya ialah Black Widow Wajah Ayu (1994), Cinta 200 Ela (2001) dan Haru Biru (2007) Selain itu, beliau juga aktif menulis dan berlakon.
Remove ads
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).
Sebagai penerbit, Raja Azmi menggalas tugasnya menerusi filem Black Widow Wajah Ayu arahan U-Wei Hj Saari yang dibintangi oleh abang iparnya ketika itu, Misbun Sidek selain Hashimah Yon, Zaidi Omar.[1] Kak Mi ialah pencetus cerita dan idea asal filem ini yang diterbitkan pada 1994.[1] Pada tahun 1995, beliau menjadi penerbit dan pengarang komik Anak-anak Sidek yang berkisarkan tentang kisah benar Sidek bersaudara. Selain itu, beliau turut menyumbangkan ruangan Coretan Rasa Hati dan Let’s Exercise With Kak Mi dalam komik tersebut. Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk watak Rukinah dalam siri animasi dengan tajuk sama.
Pada tahun 2002, Raja Azmi tampil dengan filem Cinta 200 Ela, arahan Shadan Hashim yang diadaptasi daripada novel tulisannya, Cinta 100 Ela yang dikelaskan 18SX. Filem ini dibintangi oleh Rashid Sidek dan Raja Azura sebagai pelakon utamanya.[1]
Pada tahun 2011, Raja Azmi menerbitkan filem ...Dalam Botol yang tajuk asalnya adalah Anu Dalam Botol, arahan Khir Rahman. Ia berkisarkan tentang hubungan Ruby atau Rubidin dan Ghaus yang merupakan pasangan bercinta sejenis. Filem ini dilakonkan oleh Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle dan Ogy Ahmad Daud.[1] Beliau sebelum ini dilaporkan akan menerbitkan filem biopik Anak-anak Sidek.[2]
Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem Enjin No. 9 yang ditayangkan pada 29 Mac 2018.[3]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan pemain badminton Dato' Sri Jalani Sidek pada 23 Disember 1984 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Puteri Suraya (lahir 1987), Puteri Suhaida (lahir 1989) dan Megat Deli (lahir 1994).[4] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 27 Jun 2012 ekoran konflik rumah tangga yang berterusan.[5] Anak sulungnya, Puteri Suraya berkahwin dengan pengarah dan penulis skrip, Shadan Hashim.
Anak keduanya, Puteri Suhaida meminjamkan suaranya untuk watak Rusitah Sidek, kakak kepada Sidek bersaudara dalam siri animasi Anak-Anak Sidek. Raja Azmi berkahwin kali kedua dengan pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali pada 13 Oktober 2013.[6][7]
Beliau pernah ditangkap polis sekitar Ogos 2010 didapati mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai 2010 bagi satu kes pertikaian komersial.[8]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Animasi
Televisyen
Remove ads
Bibliografi
- Tangkis 5 (1992; sebagai penerbit)
- Cinta 100 Ela (1993; sebagai penulis)
- Anak-anak Sidek (1995-2005; sebagai penerbit)
- Coretan Rasa Hati (1995-1997; dimuatkan dalam komik Anak-Anak Sidek)
- Let’s Exercise with Kak Mi (1995-1997; dimuatkan dalam komik Anak-Anak Sidek)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads