Khir Rahman
Pelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip dan pengacara From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Khairulizam Abdul Rahman (lahir 12 Mac 1973) yang dikenali sebagai Khir Rahman merupakan seorang pelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh terkenal, Allahyarham Dato' A. Rahman Hassan dan Allahyarhamah Datin Azizah Mohamad. Beliau menyerlah melalui filem pertama arahannya, ...Dalam Botol, watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan watak sebagai Jijoe dalam Rock Oo!. Beliau mempunyai seorang adik bernana Khairulazmi Abd Rahman.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Khairulizam bin Abdul Rahman pada 12 Mac 1973 dan merupakan anak kepada pasangan penyanyi Pop Yeh-Yeh, iaitu Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad. Membesar di Johor, darah seni itu mengalir kuat di badannya sehingga kini.
Kerjaya
Teater
Memulakan langkah beliau dalam bidang seni melalui teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Antara teman - teman seangkatan beliau ialah Zul Huzaimy, Adlin Aman Ramlie dan anak kepada seniwati Mariani, Melissa Saila.
Beliau kembali semula ke pentas teater apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak Aduka dalam teater Semerah Padi. Beliau bergandingan dengan Fauzi Nawawi dan Jue Aziz[2].
Muzik
Khir Rahman juga popular sebagai komposer lagu-lagu etnik kreatif. Lagu ciptaannya yang paling popular adalah Mahligai Permata nyanyian Siti Nurhaliza yang dipetik daripada album Sahmura pada tahun 2000. Khir juga pernah merakamkan album solo pada tahun 2004 di bawah label MIG Music yang berjudul Filsafat.
Khir Rahman juga pernah menjadi vokalis kumpulan Iklim menggantikan Saleem dan Azmani dan sempat merakamkan lagu 'Pergimu Satu Tanda'[3]
Filem
Beliau akhirnya ditawarkan berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang, membawa watak Tun Mamat. Impak dari lakonan beliau dalam filem itu, beliau menerima tawaran pada tahun berikutnya dengan 3 filem ditayangkan pada 2005.
Beliau sering mendapat tawaran berlakon menerusi pengarah Mamat Khalid dan Afdlin Shauki. Nama beliau mula menjadi sebutan selepas lakonan berhasil beliau dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Kemawas.
Pengarahan
Sebagai seorang penulis cerita, beliau turut bersama - sama dalam menghasilkan filem Syaitan.
Peluang sebagai pengarah tiba apabila beliau ditawarkan oleh penerbit, Raja Azmi untuk mengarah filem kontroversi, ...Dalam Botol. Hasil pengarahan beliau, filem ini mendapat sambutan di luar negara dan menaikan nama beliau dalam bidang pengarahan.[4] Beliau seterusnya mengarahkan filem keduanya, drama romantik Balada Pencinta yang dibintangi oleh Johan As'ari dan Siti Saleha.[5]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Khir berkahwin dengan novelis dan penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim pada 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata.[6][7]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Peserta
Teater
Televisyen
Animasi
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads