Dia Menantu Rahsia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dia Menantu Rahsia merupakan siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Raysha Rizrose, Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan. Diadaptasi daripada novel 2015 dengan judul yang sama oleh Indah Hairani terbitan Buku Prima. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 29 Januari 2019 hingga 7 Mac 2019 menggantikan drama Pujaan Hati Kanda.[1][2]

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3. Namun, Drama ini kembali ditayangkan di TV9 mulai 28 April sehingga 19 Jun 2020.[3]

Remove ads

Sinopsis

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan ibu Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir yang merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja.

Syakir telah melamar Melissa kerana rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia. Lamaran daripada Syakir diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon undangan

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads