Cristina Suzanne Stockstill
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Cristina Suzanne Stockstill (juga dikenali sebagai Cristina atau Crissie; lahir 22 Januari 1985) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan kepada ibu Melayu dan bapa Jerman, Cristina Suzzanne memulakan kerjaya penerbangannya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia dan Qatar Airways, seterusnya memulakan kerjaya lakonannya pada 2006 menerusi filem My Indie Rock Darling. Beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi penglibatannya dalam filem KIL bersempena majlis Anugerah Skrin 2013. Selepas memenangi anugerah tersebut, beliau menyertai 19 delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 yang berlangsung di Makau dan The ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) 2015 .Pada acara Festival Filem Malaysia ke-26, beliau mendapat pengiktirafan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1985 di Johor Bahru, Johor dan merupakan berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Jerman (bapa). Di awal persekolahanya iaitu Convent Johor Bahru. Namun begitu, di penghujung alam persekolahan beliau berpindah, Methodist Girls' School Kuantan Pahang.
Kerjaya
Sejak berusia 18 tahun, beliau mengamalkan sikap berdikari dan hidup bersederhana dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel, pelayan restoran sebelum berkhidmat sebagai seorang pramugari.
Beliau terpilih untuk bekerja sebagai seorang pramugari untuk syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Kerjayanya dalam bidang penerbangan ini telah membuka mata dan fikirannya terhadap banyak perkara seperti menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat.

Beliau memulakan kariernya sewaktu berlakon untuk telefilem Cermin Pada Bulan hasil arahan Erma Fatima. Sewaktu itu, beliau berumur 19 tahun. Beliau memegang watak sebagai Jay untuk telefilem tersebut. Beliau melibatkan diri dalam program Pilih Kasih 2 kerana didorong oleh ibunya sendiri. Beliau menggunakan nama Cristina Suzanne dalam program realiti tersebut. Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan oleh pengarah, Osman Ali untuk membintangi drama Bicara Hati. Drama ini adalah cetusan daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Untuk memahami watak Zahlia, beliau sendiri membaca novel tersebut untuk mendapatkan personaliti Zahlia.
Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Beto Kusyairy yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi. Beliau telah banyak belajar daripada penuntut jurusan lakonan untuk menambahkan keyakinan diri serta penghayatan ketika berlakon.
Cristina bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Johan As'ari, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Yasmin.[1]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Crissie mempunyai banyak hobi, lebih gemar menghabiskan masa dirumah dan di Studio melukis miliknya. Sekiranya tidak terikat dengan pengambaran mahupun sesi fotografi. Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah mendengar lagu, bermain guitar, melukis, membaca dan bersenam.[2][3][4]
Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihannya, M Faiz Zakaria pada 31 Mac 2018. Cristina berkongsi berita perkahwinnya dengan memuat naik gambar hitam putih bersama suaminya, dengan keterangan gambar ringkas, '310318'. Perkahwinan beliau mengejutkan ramai pihak kerana Cristina tidak pernah berkongsi kisah peribadinya sejak putus tunang dengan seorang ahli perniagaan pada 2013.[5][6][7][8]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Teater
Filem web
Remove ads
Diskografi
Single
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads