Saadiah
Pelakon dan pengarah veteran Singapura-Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datin Hajah Satya Baharom AMN (10 Ogos 1937 – 26 Februari 2005) atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia, yang terkenal pada era 1950-an dan 1960-an.[1] Beliau merupakan salah seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee.[2][3]
Remove ads
Kerjaya
Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharum (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B. S. Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P. Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Walaubagaimanapun, beliau diberi watak wanita curang dalam filem Mambang Moden. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.
Filem terakhir lakonan beliau ialah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noorkumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau telah berkahwin dengan Dato’ Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah (juga dikenali sebagai Ogy), Fazlina dan Faizal.
Kematian
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.[4][5]
Filemografi
Filem
Telefilem
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)
PILIHAN MAJALAH FILEM
•Pencalonan Pembantu Wanita Terbaik - Matinya Seorang Patriot (Festival Filem Malaysia ke-5 1984)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Sial Wanita (Festival Filem Malaya 1969/1970)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Agen 001 (Festival Filem Malaya 1965)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Mambang Moden (Festival Filem Malaya 1964)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Siti Muslihat (Festival Filem Malaya 1962)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Antara Dua Darjat (Festival Filem Malaya 1960)
• Pencalonan Aktres Pembantu Terbaik - Sarjan Hassan (Festival Filem Malaya 1958)
• Pencalonan Aktres Terbaik - Penarek Becha ( Festival Filem Malaya 1955)
• Pencalonan Aktres Pembantu Terbaik - Iman (Festival Filem Malaya 1953/1954)
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads