Saraswathy Kandasami
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
YB Senator Puan Saraswathy Kandasami(Tamil:சரசுவதி கந்தசாமி) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia dan Ahli Dewan Negara. Beliau juga berkihidmat sebagai Senator sejak Disember 2022. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam pentadbiran PH di bawah Perdana Menteri Anwar dari Disember 2022 hingga Disember 2023. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH, dan telah berkhidmat sebagai Naib Presiden PKR sejak Julai 2022.[1][2]
Remove ads
Kerjaya Politik
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (sejak 2022)
Selepas pemilihan parti PKR 2022 pada 20 Julai 2022, Presiden PKR Anwar telah melantik Saraswathy sebagai Naib Presiden PKR, berkhidmat bersama empat Naib Presiden yang dipilih, iaitu Amirudin Shari, Chang Lih Kang, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Aminuddin Harun serta dua lagi Naib Presiden yang dilantik, Awang Husaini Sahari dan Nurul Izzah Anwar.
Calon Ahli Parlimen (2022)
Dalam pilihan raya umum 2022, Saraswathy membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh PH untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Tapah. Beliau tewas kepada penyandang kerusi, Saravanan Murugan dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kecil sebanyak 5,064 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2022–2023) & Senator (sejak 2022)
Pada 10 Disember 2022, Perdana Menteri Anwar melantik Saraswathy sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, membantu Menteri Ewon. Oleh kerana beliau bukan seorang Ahli Parlimen, Saraswathy turut dilantik sebagai Senator bagi membolehkannya memegang jawatan timbalan menteri.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara (sejak 2023)
Dalam rombakan kabinet pada 12 Disember 2023, Saraswathy dikekalkan sebagai Timbalan Menteri tetapi dipindahkan dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Kementerian Perpaduan Negara, membantu Menteri Aaron.
Pada 27 Mac 2024, beliau mendedahkan bahawa cadangan pindaan terhadap Akta Rukun Tetangga 2012 sedang diperhalusi. Beliau menambah bahawa pindaan tersebut akan memberi lebih penekanan kepada inisiatif tiang kejiranan yang sedang dilaksanakan. Selain itu, beliau melaporkan bahawa sebanyak 8,428 jawatankuasa rukun tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara dengan keahlian seramai 210,000 individu, melibatkan 12.5 juta penduduk.
Beliau juga menggariskan objektif kementerian untuk merealisasikan inisiatif pemerkasaan sebagai kekuatan bagi pembangunan komuniti progresif melalui lapan bidang tumpuan, merangkumi ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan kebergantungan kendiri, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, persekitaran, warisan budaya dan digital.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa beberapa aktiviti telah dirancang untuk menggalakkan penyertaan golongan belia dalam komuniti kejiranan (KRT), seperti program Young, Effective and Smart (YES), Jiran Muda serta inisiatif e-Usahawan dan Pasukan Inovasi Jiran Muda.[3]
Remove ads
Penghormatan
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads